Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, May 19, 2014

PERKONGSIAN BERMAKNA

Assalamualaikum

Semoga diberi kesihatan yang baik. In Sha Allah

PERKONGSIAN BERMAKNA untuk mommies, yg bukan mommies pun boleh ^__^.

Pernah dengar pasal TROPIKA HERBAL CREAM? This entry for some testimoni from my experience.

Sebelum tu....
Pic ehsan Pak Cik Google


Entry untuk memfamouskan Krim telon herba~ 

Perkongsian yang tidak berbayar. Free. Ikhlas dari hati gitu. haha.Poyos kau jah!!

Ok, straight to the point:
Krim ni aku selalu gunakan kat Maira.
Since Maira batuk yang agak lama hari tu, banyak alternatif yang aku dah cuba.
Siap sedut kahak bagai kat klinik.

Alhamdulillah ada member kepada hubby perkenalkan krim ni.
Aku just sapu kat dada Maira, belakang Maira. Dengan izin Allah, Maira sembuh.
Bersyukur sangat~ 
Alhamdulillah

Selain tu aku juga gunakan krim ni bila Maira sembelit.
Maklumlah Maira kan dah makan makanan pejal skg, so kadang2 aku terbancuh nestum terpekat la~boleh gitu .. 

Jadinya kalau Maira sembelit, aku sapu kat perut Maira + urut2 sikit.
Then she akan poo poo seperti biasa.

Kalau cirit-birit pun aku letak juga kat perut Maira.
Alhamdulillah, cirit-birit tu berkurang dan poo poo seperti biasa jugak.

So, aku recommend kat kawan-kawan untuk guna krim ni . Tak mahal pun, aku beli RM37.00. 
But aku tgok online RM39,90 + postage RM6.
Still murah lagi untuk kita laburkan demi kesihatan anak-anak kita.

Sorry, aku just recommend , aku x menjual ya~

Salam kasih sayang.

Jumpa lagi lain entry.

notakaki: Kitatakakanberhentimencariyangterbaikuntukanakkita



Monday, May 12, 2014

Maira is 6 month already ^__^

 Assalamualaikum.

For this entry just wanna to share about Maira.
Ya, she already 6 month.
now da pandai bersembang lebat like her papa..
She love to smile.hug and kiss.
Very peramah and ceria.
Our Princess Maira. Dah nampak gigi sebatang ^__^ 

Da 6 bulan ni barulah perasan yang Maira ni ikut mama ke papa ke..Kalau main2 tu mestilah more than her papa. Then bila nak tidur of course lah her mama.. hug mama.hug hug. so cute^__^

Papa Maira yang rajin melayan Maira bersembang + Main. Good papa. Lebiyu
Apa yg you all perasan persamaan kami??
Our cute smile.. hahahah... 
Gila perasan!!!
Kalau korang perasan, mata kami agak-agak sepet gitu bila senyum.
PERASAN X??
hee ^__^

Sekian entry kali ini.

#senyumseindahsuria





Wednesday, April 30, 2014

Officially 25 @ 9.00a.m

Assalamualaikum readers and sleep readers~ Bajet ada orang nak baca blog kau sgt kan.

Today is 30 April 2014
and
Today is my birthday~
Happy birthday to me^__^
Teringat mak di rumah-pengorbanan mak melahirkan gadis comel ini.(COMEL  LA SANGAT)
Dan kerana itu juga teringatkan kesakitan bersalin kan Maira. My little cute princess ever. Over kau. haha

Nothing to share about my B-Day. Seperti biasa, Biasa-biasa aja! xde yg special pun.
Just very2 bersyukur dengan kehidupan yang terindah .Yup, all from Allah swt.
Yang manis itu indah dan yang pahit itu juga indah~
Oh ya! hubby ajak makan2 kat luar esok. Then ask him Wanna celebrate my birthday? Wah ! Touching my heart.(cakap dalam hati)
Then he reply, Eh taklah! my friend ajak makan2.
So so so so sosssssss. No word to say.
See, dah kata dah hari yang biasa-biasa aja!!

So untuk appreciate , I go down and buy some ice-cream tutti fruitti and cadbury roast almond.
Reward myself~

So, for all yang baca entry ni,
Tak nak minta hadiah gedabak mana pun
Just pray for my healthy and my happiness hereafter.
Ya, hereafter~
Amin..

::::::Actually Encik Suami dah belikan segala bagai apa yang aku nak::: :::
Smile.Smile.Smile.
Love
Alhamdulillah

Notakakipalsu:SegeraPerluBuatPegnancyTest.MungkinItuAdalahHadiahTerindahDariAllah.InShaAllah.

Thursday, March 6, 2014

^__^

Assalamualaikum.

Alhamdulillah berkesempatan lagi untuk berkongsi. Berkongsi apa yang ada di muka bumi Allah ini.

Ya. Sebenarnya x tau nak masukkan entry apa pun. Tapi mood nak update blog seperti membuak2 ingin meluahkan segala hasrat di hati. Ok Ayat skema .

Oh, kerinduan apakah yang sedang bersarang dalam hati. Rindu semua orang. Rindu-serindu rindunya. Ya Allah perasaan indah apakah ini.. Alhamdulillah masih punyai secebis perasaan dan ruang dalam hati yang kotor ini.

Tatkala sedang mentarbiyah diri sndiri, minda membisikkan rasa kesyukuran. Kesyukuran yang teramat atas pinjaman yang sementara dari Allah tetapi cukup sempurna untuk insan yang lemah seperti aku ini.

Keluarga yang tersayang. Keluarga mertua yang dicintai , yang sentiasa di hati dan sentiasa dalam bisikkan doa.Inilah insan-insan yang tak pernah putus kasih sayang. Inilah pinjaman Allah yang paling mahal. Tanpa perlu aku membayar semua kasih sayang mereka sekali  pun , mereka masih mampu memberi kasih sayang yang sempurna. Ya Allah betapa indahnya kasih sayang ini. (Lap air mata)

Suami dan Humaira yang sentiasa dicintai. Tidak pernah sekalipun walau sesaat ada perasaan benci dalam hati ini untuk mereka. Ya, sangat unik perasaan yang telah dipinjamkan oleh Allah. Andai suatu hari nanti perasaan ini ditarik, Oh, aku x dapat nak membayangkan semua itu. Tak Sanggup!! Allah meminjamkan insan-insan yang teristimewa untuk aku. Ya aku akui mereka adalah milik Allah. Terima kasih kerana menghantar insan-insan yang melengkapkan kehidupanku untuk aku terus berdakwah di jalan mu Ya Allah.

Kawan-kawan yang sentiasa di hati. Mungkin korang menganggap aku ni macam biskut kan?? heee sekejap ada sekejap xda. Maaflah... Sejujurnya aku amat merindui gelak tawa bersama. Ya, aku sangat-sangat rindu semua itu. Alhamdulillah ingatan yang dipinjamkan ini masih mampu menyimpan memori kita bersama. Memori yang kengkadang membuatkan aku tersenyum sendirian, ketawa berseorangan dan mengalirkan air mata atas kerinduan. Korang memang the best!! Selalu ingatkan aku tanggungjawab aku sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.  Aku harap kasih sayang yang tercipta ini akan sentiasa tersemat rapi. Sayang korang kerana Allah.

Ini semua nikmat yang Allah berikan kepada kita semua,dan aku percaya bukan aku saja yang sedang merasai perasaan seperti ini. Perasaan yang penuh emosi. Perasaan yang tak dapat diluahkan , yang x dapat diungkap dengan kata-kata, yang x dapat dibeli di mana-mana. Bersyukurlah kita atas pinjaman nikmat yang Allah berikan ini. ALHAMDULILLAH. Maka nya, " NIKMAT ALLAH YANG MANA SATUKAH YANG INGIN KAMU DUSTAKAN ? "

ok, dah habis lunch hour. Mari bekerja semula ^__^




Wednesday, March 5, 2014

MEMAAFKAN MUSUH ITU LEBIH MUDAH DARI MEMAAFKAN SAHABAT

Kerana kau sahabat
Mana bisa hati kecil mudah tersinggung
Gurauan menjadikan kuatnya ikatan persahabatan
Setiap babak jalan cerita menjadi satu kenangan...
Oh indahnya persahabatan.

Dan kerana kau adalah sahabat
Mengertilah
Kata-katamu ibarat pedang yang tajam
Menusuk hati memendam perasaan
Senyum bukan bererti suka
Diam bukan tanda setuju
Hanya sebagai satu penghormatan untuk sebuah kasih sayang
Atas ikatan persahabatan..

Dear sahabat,
Sepi bukan bererti hilang
Diam bukan bererti lupa
Jauh bukan bererti putus

Thursday, February 27, 2014

Seloka Puteri Hati

Assalamualaikum pembuka bicara
Seloka puteri hati menjadi cerita
Apa khabar korang2 semua
Semoga Korang baik-baik Saja

Dimulakan dengan rasa kesyukuran
Alhamdulillah diangkat kepada tuhan
5 November 2013 menjadi kenangan
Menjadi ingatan sepanjang zaman

Kelahiran dinanti dengan debaran
Bersalin melalui kaedah pembedahan
Kerana tiada daya untuk meneran
Kes dirujuk sebagai kes kecemasan

9.01 pagi detik bersejarah
Terdengar tangisan yang sungguh Indah
Walau badan tiada daya selepas dibedah
Memanjat kesyukuran dengan kebesaran Ya Allah

Nur Syahiratul Humaira nama diberi
Cahaya Kegemilangan Gadis Berpipi Merah punya erti
Bayi comel lincah sekali
Senyuman boleh mencairkan hati

Kini sudah 3 bulan usia
kalau lapar, wah.... meriahnya suasana
Jangan lambat disusukan anakanda
Lepas kenyang tersenyum gembira

Waktu tidur ada masanya
Lagi lena tidur dalam kereta
Maklumlah dalam kereta penghawa dingin ada
Tambahan pula empuknya tidur di riba

Wahai Puteri Hati kami
Jadilah seorang muslimah yang berbudi
Pohon keberkatan hidup dari Illahi
In Sha Allah selamat duniawi ukhrawi.

Sekian saja seloka untuk anakanda
Puteri hati penghibur papa mama
Semoga menjadi puteri yang berwibawa
Doa papa mama mengiringimu selamanya.


Wednesday, February 5, 2014

Alzheimer

Assalamualaikum you all...
Seronok entry kali ni... This is about Alzheimer. Atau bahasa mudahnya penyakit lupa.. Terasa nak berkongsi cerita pasal lupa2 ni coz one day aku datang kerja, aku lupa banyak hal.Oh.. berlaku sudah penurunan fungsi saraf otak..
Kelupaan yg aku x boleh terima.. First aku lupa bawa access kad nak masuk office. Second aku blur2 apa aku nak buat pagi2 kat office( padahal JD every morning adalah update production report dan the worst is aku buat semua tu every day!!! But aku boleh blur pagi tu.. ) dan yg paling tragis i forgot all password .. Oh!!! Password laptop , password e-mel, all aku lupa...
Alzheimer kah aku? Ha ha.. serius muda2 macam ni x sanggup i ols nak pikul penyakit ni.. but Kalau Allah dah bg ujian macam ni, all pun akan redha kan... Tiba2 aku teringat satu pelakon U.S Rita Hayworth yg mati akibat sakit alzheimer ni.. Oh~ no no no
Then merajinkan diri bersantai bersama Pn. google then aku release yang aku ni mungkin kurang rehat.. dan juga mungkin stress yg melampau.. Fake smile for myself.Thumbs up!!!!
Just wanna to share some info from my googling..(haha .. rosak bahasa).. If anda juga mengalami masalah kelupaan macam kes aku , ini mungkin faktor nya:

1. Kurang rehat + kurang tidur
2. Hyper tension @ STRESS
3. Kolestrol tinggi - ha ha ha
4. Banyak berfikir dan kurang tumpuan
So, cara nak atasi nya korang pilih lah way tersendiri.. Hanya diri korang yang tau what you need to do.. For me , the best solution is Rilex sokmo. Banyakkan dengar zikir dan banyakkan berdoa baik2 coz ini semua ada juga related dengan hati ^_^  .
Alhamdulillah ini bukan lah simptom Alzheimer..heeee...


Rita Hayworth   
 
NotaKaki : Hemohemohemo~