Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, June 21, 2015

PENGALAMAN BERSALIN QAIRA (part 1)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah now dah 12 hari dalam sesi berpantag walaupun x berapa nak pantang sangat..

6.6.2015 lahirlah seorang lagi puteri comel seberat 2.63kg. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk melahirkan secara normal.

Kalau dulu kalau bercerita pung pang panjang berjela about my c-sec now aku nak berkongsi about normal delivery plak..

Masa lahirkan anak yang ke2 ni umur Maira adalah setahun tujuh bulan, n ada yg menjadi ahli nujum mengatakan aku adalah tidak  boleh untuk melahirkan secara normal untuk yang ke-2 ni.. sakit hati mmg ya, tapi buat-buat malas nak layan .

minggu ke-37 iatu seminggu sebelum deliver, mmg da rasa false contraction. Kadang2 dtg dan pergi begitu sahaja...  Aku ingatkan dah nak bersalin kan Qaira, rupanya Qaira sedap dibuai mimpi dalam perut mama lagi..

Kronologi :

05.06.2015

Tarikh ni aku masih bekerja .. Sebelum aku solat Zohor, aku terfikir macam mana lah kalau air ketuban pecah kat ofis, pasti huru-hara jadinya.. Dan itulah yang terjadi... Masa aku solat Zohor, aku rasa seakan ada bendalir mengalir .. Lepas solat aku ke tandas, ya! mmg ada air mengalir dan terus mengalir.

OK!! Jangan Panik!!

Call husband inform about this. (Aku tahu mesti husband aku tengah panik)

Then call Dr, bgtau yg aku nak ke hospital. Checking sama ada Dr ada atau x.

Dah trimester hujung2 ni mmg aku x lekang dengan handfon.. takut emergency cam giniler~

Naik ofis, kemas2 barang, shut down PC then baru inform kat Pen. Akauntan, aku nak ke hospital sbb aku rasa air ketuban aku da keluar..

Jalan laju-laju sbb x nak org lain perasan . Bayar parking then terus drive... Drive dalam keadaan air ketuban still mengalir.. Pilih jalan paling dekat dan selamat untuk ke hospital.

Husband aku ada minta aku tunggu dia pick up aku kat ofis tapi aku yang tak nak sbb hospital bukan jauh pun.. dalam 15 minit jer . Kalau aku tunggu hubby aku, dr tmpat kerja dia ke tempat kerja aku dah 30 minit tambah nak patah balik ke hospital dah 15 minit.. Baik lah kami laki bini jumpa kat hospital je..

Masa ku sampai hospital pun, ngam-ngam husband pun sampai..  Nak masuk hospital dah macam penyamun sbb jalan mengiring . Punya lah nak tutup jubah basah ke dinding.. ha ha ha ,, yang ni mmg aku akan ingat sampai bila2..

Then buat pendaftaran terus masuk bilik Dr. Cek punya cek bukaan da 3cm dan air ketuban dah kurang.. Walau belum sakit still kena tahan wad..

Maka bermalamlah aku di wad keseorangan...

Akan bersambung .....


notakakicantik:pengalamanindah

No comments:

Post a Comment