Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, November 13, 2013

Pengalaman bersalin caesar

Assalamualaikum..

Wah, Udah bersawang blog ni baru terasa nak update . Biasalah manusia~ ke aku jer gini.. haha .

Entry kali ni nak share pengalaman bersalin anak pertama.

Alhamdulillah selamat melahirkan puteri yang comel pada 5 Nov 2013/ 1 Muharam . Anak tahun baru makanya banyak pihak yang memberi sumbangan sempena awal muharam . Rezeki dari Allah. ALHAMDULILLAH ^__^.

Pengalaman bersalin anak pertama memang mengujakan. No experience , knowledge pun x banyak.. Just ikut kata hati saja~ hehe

Malam 30 Oktober ada cecair yang banyak juga keluar after our dinner. But masa tu mungkin terlalu penat dan x terfikir itu adalah air ketuban. Then esoknya kerja macam biasa~ Hubby plak terlintas nak tanya MIL, then MIL suruh pergi checkup. Balik dari kerja terus pergi klinik Poliklinik Medi Nur, then doc terus minta refer hospital as emergency case~ Balik rumah tu sempat lagi aku makan2 dengan hubby, kemas rumah + basuh baju then baru gerak ke hospital. Perjalanan kurang 2 jam jugalah~ ( laju hubby bawa^_<)

Sampai hospital , terus terjah dewan bersalin ~ haha yang kelakar nya aku x sakit pun tiba2 jadi sakit dengan suasana yang sedemikian.. Serious!!! So, as usual lah checkup bukaan , air ketuban, siap amik sampel untuk detect either ada bakteria lagi.. ada dalam 3 jam duk terbaring, then PPK pun x boleh nak lepaskan aku maka nya tunggu pakar keesokan paginya dan bermakna AKU DITAHAN !! perkara yang paling x best adalah duduk betapa dalam wad~ Mengeluh!!! Siap pujuk2 nurse lagi x nak duduk wad , Sia-sia x jalan pujukanku.. ha ha. waktu tu jam dah pukul 2.30 pagi, serious sedih nak tinggal hubby. Hubby balik jer terus nangis. CIWEK!!!

Hubby x terus balik rumah , tidur dalam kereta sebab may be aku boleh discharge keesokan harinya tapi hampa~ aku ditahan 2 hari untuk pakar monitor pergerakan baby dalam perut ni~ PASRAH!

Then 2 Nov, baby semua okay aku dah boleh discharge~ Alangkah bahagianya ^____^ ALHAMDULILLAH..

4 Nov, aku dah rasa semacam jer perut.. Setiap 3 jam terjaga rasa sakit. Then tahan jer dulu sampai pagi baru pergi hospital. Pagi tu plak keluar lendir + darah . Ok, berdebar! Pergi hospital pakar cek bukaan dah 2cm. Doktor plak bagi pilihan either nak duk wad atau balik. For sure aku pilih BALIK!!ha ha

Kat rumah plak dah kerap sangat sakit tapi sakit masih boleh tahan so aku rasa bukaan pun still x besar lagi. Decided mlm tu baru pergi hospital. Bila PPK cek bukaan still x besar baru 4cm tapi bila buat CTG jantung baby dah kurang reaktif, baby plak dah memberakkan diri dalam perut, so PPK decided untuk terus ke labour room. Dalam pukul 11.00 malam nurse panggil my hubby serahkan semua barang aku dan nurse amik barang baby tolak aku ke labour room. terus masuk ubat nak bagi bukaan jalan lebih cepat. 3.00 pagi nurse panggil my hubby temankan, masa tu sakit hanya Allah yang tahu. Terkenang dosa2 yang dibuat~ Insaf sangat2... Jantung baby plak still kurang reaktif walaupun dah berjam2 buat CTG.

Jam 7.00 pagi, Pakar check up and decide untuk aku bersalin ceaser. Betapa kecewa + sedih coz mmg plan nak bersalin normal and the most important is nak hubby ada masa bersalin. Apakan daya kita hanya mampu merancang Allah jua yang menentukan yang terbaik untuk kita~  Dan aku sendiri pun x boleh nak berfikir aku minta pakar jumpa hubby aku dan hubby aku  setuju aku dibedah memandangkan untuk selamatkan KEDUA-DUA NYAWA. Masa tu aku mmg dah tak sedar apa~ Dari aku ditolak ke bilik bedah sampai siap dibedah ~ langsung x sedarkan diri! Pukul 8.00 pagi masuk bilik bedah, Pukul 9.01 pagi baby selamat dilahirkan. Alhamdulillah, dan masa tu aku hanya membuka mata untuk mencium puteri sulongku.Dan...... aku x sedar lagi ~~~

Pukul 11.00 pagi aku ditolak keluar dari bilik bedah~ Dari jauh aku nampak hubby aku samar2 sedang menunggu aku . Sabar sekali hubby aku sempat lagi dia bagi senyuman nakal~ mungkin nak tutup keresahan.... huhu.. Aku pun membalas senyuman tanda aku okay2 saja.. padahal sakit yg ditanggung hanya Allah yang tahu..



Puteri Sulong PapaMama 
Nur Syahiratul Humaira bt Mohamad Syazril Hafiz

Monday, September 9, 2013

All about preparation

 Assalamualaikum.

Happy to sharing dengan bakal2 mama about preparation barang2 bayi yang bakal lahir.

Actually aku sendiri pun pertama kali dan masih terkial2 juga. Then merajinkan diri untuk meng google dan tanya sana sini ^_^

Kebetulan aku pergi Fiffy outlet Klang ada lah tengah promosi dan siap bagi check list lagi. Senang dan mudah. All ada kat situ dan servis memang terbaik. adalah dalam 2 jam dekat situ dan staff yang melayan kami nama nya Kak Cik. Mungkin sebab dia kecik kot ~ Maybe! Dan yang paling excited nak beli barang2 baby ni of course la my hubby~ Habis semua di survey nya.. Untung lah badan dapat hubby macam ni~ SAYANG LEBIH!!!

New Born Baby Check List
Siap ada box untuk mark lagi hokey~ MUDAH.
Then ini item2 yang dibeli : Ni pun still x lengkap lagi. Pampers belum ada. Mungkin cari kat kedai2 biasa . Banyak pilihan . Kalau kat Fiffy ni x silap aku just ada brand Diapers saja. Bedung pun xda pilihan. Mungkin beli online saja~



Ada lagi yg x lengkap~

Untuk bakal mama, ini detail2 yang dapat dikongsikan. Semoga bermanfaat ya ^__^
Ni baju bayi.Mostly blue colour coz favourite hubby. Beli yg lengan panjang dan juga lengan pendek ~Range harga dalam 11.90 - 16.90 sepasang. Diskaun 5 % every item with a white tag price.

Lampin baby~ Moden sudah. Dulu zaman aku white colour saja~ skg dah ada corak bagai. Range harga RM 29.90. Dalam ada 10pcs .Banyak design dan colour2 boleh pilih. 

Ini plak stokin yang teramatlah comel dan baju xde lengan. Apa yer nama nya. Aku pun x tahu. Yang ni x beli kat Fiffy, beli kat kawan hubby. Range harga RM 28.00 ada 4pcs baju and 6 pair of cute socks.


Cotton puff ni aku x tahu sgt kegunaan nya, once dah ada dalam list, beli sajalah~ ha ha Range harga RM5.90 

Travel Kit punya toiletteries . Beli brand Johnson, biar lah mahal sikit asalkan sedap hidung membau nya. hu hu . This one RM9.90. 

Wet Tissue. Sengaja beli yang kecik jer. Senang nak usung ke sana sini.. Proce : RM 8.50

Bedak untuk rumah beli yang besar sikit. Jimat.  still pilih brand Johnson . Price RM 8.50

Ini plak toiletteries 2 in 1. Shampoo + shower cream. X pedihkan mata.  Price RM16.90

Nose Cleaner. Ini x tahu lah penting or x, tapi standby awal2. bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan . RM16.90

Ini plak handkerchief beli at GM Klang. 8 pcs RM10.00


Barut nie beli 4 pcs dulu. Still beli yang tradisonal pakai tali. ada juga yang advanced x pakai tali dah~ lekat kan saja. For this RM5.90 2 pcs

Nail clipper yang sangat comel. Sesuai untuk baby2 jer. he he Price RM5.90

Cotton bud pun nak beli kan?? ha ha ha. this one RM3.50. Kalau korang nak siap yang dlam bekas harga dalam RM4.50 

Towel baby . Still pilih colour biru. Yang ni RM11.90 for 2 pcs. Material mmg bagus untuk kulit baby

Sarung tangan dan sarung kaki. Actually hubby dah amik letak dalam bakul, pastu aku yg x tahu menahu pun amik lagi . Untunglah baby.. he he. 3 pair RM11.90

Ini pun sama macam yang atas. X tau apa namanya. Standby saja buat baju jalan2.. hehe. This one pun beli kat kawan hubby. Harga macam dah x ingat~ maaf...

Blanket baby beli kat GM . Actually kalau beli kat Fiffy lagi banyak pilihan tapi dah terbeli kat GM. Senyum sajalah~
RM20.00

Change Matt. yang ni nipis sikit daripada change matt yg tradisional yang gelembung2 tu.. Price 2-2 style sama. RM11.90

Minyak Telon ni pengganti minyak YuYi.. Lately duk dengar isu kehalalan YuYi, Then daripada ragu2 baik beli Minyak Telon saja~ sama function juga ^_^ Price RM9.90 for big size

Ini Laundry detergent untuk BABY ONLY!!! ha ha.. kalau nak pakai untuk mak ayah baby, fikir 2x juga coz this item price RM40.00 sebotol(600ml) kebetulan ada promosi include refill punya RM45.00. Demi baby yang bakal lahir, pejam kan mata beli juga~ ha ha (Erk! detergant biasa pun x semahal ni=P)



Kelambu baby pun beli yang moden sikit and senang nak usung sana sini.. RM 30.00

This 2 bags special untuk barang2 baby. Yang ni beli kat GM juga. Harga RM80. Setelah tawar menawar dapat lah RM 70

2 bags dapat free saja.. he he. Gift from Fiffy. Giler kau xde gift. Expenses mostly 1k kat situ =P 

And this one set untuk aku lah. Beli yang set jimat daripada beli one by one. All RM169 + RM27.90
Brand Tommie Tippie. (set include manual breast pump + breast pad + milk storage + bottle 2 pcs-medium and 1 pcs small + Brush )


Untuk breast pump ni, banyak juga aku buat research. This one pun one of yang terbaik bcoz of rekabentuk puting is hampir sama dengan mama-mama punya .. he he. Malu nak taip =P Avent pun okay tapi mahal sikit lah. (macam mahal banyak jer~aha..)

satu lagi dah beli katil untuk baby. Also beli kat Fiffy. Katil yang senang juga nak usung sana-sini. X snap pic coz nak kena pasang dulu .. ha ha.. MALAS !! Katil include tilam juga tapi nipis sikit. RM269. Minta kurang x dapat. BEST BUY katanya. BAIK =P

Thanks so much for lovely hubby coz memang pakar dalam bab tawar menawar ni..he he he.. 
Nanti kita shopping lagi ya syg~ ha ha

Jumpa lagi. BYE.

Notakaki : Sayang menyayang~








Saturday, September 7, 2013

PRECIOUS MOMENTS

Perkara yang paling membahagiakan bila kita sah bergelar isteri adalah ANUGERAH ALLAH yang terindah iaitu akan lahirnya seorang lagi umat Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah, 2 month after nikah, Aku disahkan preggy. Actually 2x juga buat pregnancy test ni. Berharap dan terus berdoa , dengan izin Allah, inilah berita gembira yang dinantikan bukan saja dari kami suami isteri bahkan dari kaum kerabat (ha ha ha)  banyak betul kerabat nya kan.. ++ kawan2 . Alhamdulillah.

Tak dapat nak gambarkan betapa gembiranya hati , bersyukur sangat.Nangis seketika. Touching my heart huhu.. memang dasar ciwek sebenarnya..

Masa ni plak outdoor session belum buat. Nampak gayanya beroutdoor bertiga lah~ ehe ..SUKA!!

This time 2 month ++ preggy. Dah nampak perut nya. ( + + lemak terkumpul sedia ada.Ehe)


Then, pi klinik buat checkup, kalau orang lain tu terus jumpa doktor tapi sebaba KEKANGAN MASA, makanya 2 weeks lepas tu baru berkesempatan jumpa doktor.

Actually doctor pun buat yg sama juga kan nak test kehamilan.. Guna Pregnancy test, so kita pun dah tahu mmg positif, yang sadis nya x tahu pun kena amik asid folik once kita dah tahu kita hamil. Ok, lewat beberapa minggu sudah~ selalu remehkan perkara penting!!

Then buat buku merah terus kat Poliklinik Medi-Nur. As usual x sempat nak pi klinik kerajaan, for a while check up swasta dulu walaupun mmg akan bersalin kat hospital kerajaan. Kos untuk rawatan RM40 untuk sekali check up and kalau +scan RM70.

Ni checkup masa 17minggu 2 hari, berat baby masa ni baru 179 gram.Check up on 30/5/2013

Start bulan ke-5 buat check up kat KKIA plak. KLINIK KESIHATAN IBU ANAK. hehe. saja mention besar2 coz kena check up 2 KKIA. KKIA Pulau Meranti Puchong dan KKIA Dengkil.

ha ha ha, first checkup nurse dah bising coz x buat buku merah dari awal. Dah susah baru cari gment katanya.. penuh perasaan betul masa tu.. ha ha. Penuh perasaan juga aku mendengarnya, Tujuan???? nak lecture balik kat hubby. ha ha ha .. Memang semua perkara dr sekecil kuman pun akan share dengan hubby ^__^

Awal preggy xde nya aku nak mual2 mabuk bagai.. Masuk bulan ke3 ha, hambek kau!! Bangun pagi muntah, tengahari muntah, malam pun muntah lagi.. KESIAN!!! tapi all for a while saja~ masuk bulan ke 5 , dah back to normal.

Mungkin juga sebab aku makan homeopati Salindah , mengurangkan morning, afternoon n night sickness. huhu.. (kalau org lain morning sickness saja, aku amik pakej punya~)
Salindah from my parents in law. X silap aku range harga dalam RM350.
More details klik this link ya : HOMEOPATI SALINDAH

Now dah 7 bulan ++ nak menghampiri angka8 pun.. Perut pun dah kelihatan bulat comel gitu.. ehe~ In Sha Allah, baby girl. 
Latest scan : berat bayi dah 1.3 kilo . Masa ni  7 bulan + + juga..Mostly friends cakap ikut muka hubby.. 
Ni aku scan kat Poliklinik Medi-Nur. Service memang terbaik . Make sure korang kena buat appoinment dulu ya.. Harga RM100 untuk gambar 3 keping and video. Awesome! Boleh menitis air mata tengok video2 tu. Allahuakhbar.. Betapa hebatnya kekuasaan Allah~

Nama untuk baby pun sudah dibincangkan~ Ehe. Ekspres rakyat kan.. x sabar nak tunggu baby keluar~ dalam masa yang sama perasaan takut tu tetap ada...

Ni pic 7 bulan ++. With bestie dunia akhirat. Kami buddy Takkan Terpisah.. ha ha, Iklan DiGi. Kebulatan perut kian membesar. Baby gerak2 sikit pun dah dapat rasa ^__^ awesome baby!!  Alhamdulillah 


Sampai sini dulu.Bye!!

NotaKaki : Alhamdulillah, kita sedang merancang yang terbaik , Allah sudah pun merancang yang terbaik untuk hambanya.






Monday, September 2, 2013

BIG DAY BIG HEART

Our Big Day. Alhamdulillah ~


22 Dis 2012

10.00 pagi 
Majlis Pernikahan.
Alhamdulillah .22 Dis 2013 , 11.00 a.m dengan sekali lafaz, aku sah bergelar isteri kepada Mohamad Syazril Hafiz.

Setiap langkah, sangat mendebarkan. Selawat bebanyak. Dalam hati dup dap dup dap..
Masa ni korang jangan lupa bawa I/C ya.. Jangan sesekali lupa. Then, siapkan juga dokumen2 dari pejabat agama coz kat borang2 tu akan di sign oleh ramai pihak such as korang sendiri, suami, wali, saksi dll. (Tulis dll coz dah x ingat siapa lagi yg sign. huhu)
Abah tersayang yang nikahkan .. Handsome lagi abah aku ni.. he he

Bacaan Doa oleh Imam Rosli .

Majlis pernikahan ni kat rumah aku sendiri. Alhamdulillah berjalan lancar, Majlis dari jam 10.00pguntil 11..30pg.  Macam biasalah start dengan doa, akad persetujuan pengantin perempuan, khutbah dalam 10 minit, akad nikah by abah aku sendiri, then lafaz taklik . Sarung cincin, bergambar. SELESAI.

Time ni my hubby sangat2 kelegaan coz x sempat interview. huhu. Punyalah x boleh tidur malam takut x dapat jawab, tup2 Tok Kadi nak cepat nak kejarkan majlis lain plak. SELAMAT. huhu
Just married. Selesai nya sebuah majlis pernikahan. Alhamdulillah






PERSIAPAN PERNIKAHAN

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak ni mempunyai masa terluang nak post entry kat blog. Walhal niat  nak ngedet nya dari tahun lepas lagi. Kesian !!

Last entry about e-day,  now continue about my preparation for the big day:)
Siap sediakan satu buku tebal lagi untuk list to do kawin.. ha ha.. nampak poyo kan tapi sgt sangat membantu ok. Al maklumlah kita bukan boleb ingat semua., ke aku jer yg pelupa ?hu hu
First of all, decide tarikh la kan. Kata sepakat nya dr kedua pihak ialah bln Disember..
Belah perempuan :
Tarikh : 22 Disember for nikah (10pg)+ sanding( 2ptg) + malam berinai (8.00 mlm)
Tema : nikah -biru , sanding - oren, malam berinai - hijau

Belah hubby :
Tarikh : 25 Disember 2012 ( 12 tghri)
Tema : royal blue

Untuk perkahwinan ni mesti lah kena buat persiapan detail. Siap aku buat timeline lagi .. huhu


First,  settle kan kursus kahwin. Org lain da join during study, eden  nak kahwin baru terkedek2 nak join kursus kawin ni.

1) KURSUS KAHWIN

http://www.alshahir.com.my/



 Kat sini sgt fleksibel masa nya , every week pun ada so korang decide je nk join bila,, bayaran standard RM70 dan sijil pun dalam seminggu siap,, laju kan?

2) URUSAN PEJABT AGAMA

Ok, done kursus kawin + dpt sijil kursus then settlekan dgn pejabat agama. Settlekan belah lelaki dulu coz nanti borang2 belah lelaki , kita akan attach untuk hantar ke pejabat agama pihak perempuan.

Sila settle kan cepat coz prosedur agak lambat nak kena deal dgn banyak pihak. Kat set borang ni juga akan diberi satu sampul biru untuk HIV test. Maknanya korang kena beli borang kat pejabat agama dulu baru korang boleh buat HIV test.

Bagi yg mempunyai masa berlebihan , ha ha maklumlah aku masa ketidakcukupan, korang boleh buat secara 2 in 1 gitu., settle HIV test and settle form2 pejabat agama. Macam tempat aku, saksi kena cari sendiri, dapatkan tandatangan n no ic. Tok Kadi from pejabat agama.

3) HIV TEST

HIV test we all buat kat klinik kesihatan segamat, nurse akan call bila result keluar n paling lama pun sebulan. Tapi result dah keluar pun x call2, sabar je lah.. org nak kawin ni, lambat2 plak.. skali aku call boleh plak jawab " eh, result dah lama keluar" . Pengsan !! Boleh plak x call result dah keluar kalau x dah lama settle belah lelaki..

Once settle HIV test, submit segala borang bagai kat pejabat agama belah lelaki . X lama, dalam seminggu macam tu, siap semua terus ayah mertua hantar kat abah untuk settle pihak perempuan.

Untuk belah perempuan agak lama sikit prosedur, lagi2 aku from Johor, siap ada interview lagi masa nak submit borang tu.. soalan interview korang jangan risau, soalan basic fardhu ain. Aku rasa semua orang pun In Sha Allah ada knowledge fardhu ain.

Antara bahagian soalan interview :
  • Mengucap 2 kalimah Syahadat
  • Bacaan Al- Fatihah
  • Bacaan Doa Qunut
  • Ilmu Munakahat
  • Ilmu Toharah
  • Tanggungjawab Suami Isteri

Sebelum hantar borang tu, beria lah aku study itu ini  .. Debar kot nak interview ni , actually takut x lulus, x kawin plak nanti.. ha ha ha.. Alhamdulillah LULUS dengan jayanya ..

Mungkin lain individu lain soalan nya :

Korang boleh try cari sumber kat sini plak.
Soalan Bakal Pengantin

Ok, bila dah submit form + selesai interview, maka settle lah perkara wajib yang korang kena settlekan before wedding. Some place korang kena amik balik borang2 tu n bawa masa nikah nanti tapi tempat aku hari tu kebetulan Tok Kadi tu pun kerja kat pejabat agama tu, dia yang akan bawa masa nikah nanti..

Ingat senang nak kawin?? ha ha ha.. Aku pun paling kurang amik masa 3 bulan nak settle semua ni + + nak kena settle bahagian majlis plak.. Ting Tong seketika.T_T

Dalam2 siapkan perkara wajib, segala benda majlis pun nak kena settle juga kan??

Ok , Part Kenduri as usual my parents ambil alih ( ambil alih sepenuhnya bermaksud menu + makanan berhidang + khemah ) LEGA ~

And the rest is our part. PENGSAN!!

First we decided to settle barang hantaran. Barang hantaran 9 berbalas 7. 2 month before wedding prepare tapi 2 minggu sebelum kawin pun x settle2 ha ha.. Perkara bukan remeh pun tapi suka sangat melengahkan .. Aish!! Godaan Syaitan saja~

So, this hantaran from my side :

  • kek
  • buah-buahan
  • sejadah
  • manisan
  • coklat
  • sirih junjung
  • bunga telur
  • cincin silver
  • muffin



And this from hubby side :

  • kek
  • buah buahan
  • sejadah & telekung & kain pasang for my brther 
  • wang hantaran
  • sirih junjung
  • bunga telur
  • gelang tangan 

Disebabkan hantaran tunang dah banyak berbentuk materialistik.. ahha.. so, for wedding we choose the simple one lah. ehe~


Preparation :
Malas nak taip pepanjang, buat dot2 sajalah.. huhu
  • mak andam + pelamin
  • photographer
  • doorgift
  •  baju nikah + sanding + malam berinai
  • hantaran


Ok, Sekian untuk preparation. Maybe tak complete. Hopefully dapat membantu sedikit sebanyak bakal pengantin ..


Notakaki :  Yang paling penting preparation MENTAL + FIZIKAL.



Friday, August 30, 2013

Kahwin Oh Kahwin ^__^



Lambat bebenor nak share story mory pasal kahwin ni.. Kahwin bulan 12 2012 until now dah bulan 8 2013 , now terasa terhegeh-hegeh nak update kat blog.. cerita x berapa nak basi sangat lah kan belum setahun.. hehe ..Check it out!!

PERSIAPAN BERTUNANG

Persiapan bertunang mmg buat ala kadar jer, maklumlah bulan puasa.. Majlis nya pula bulan syawal makanya parents decided nak buat skali ngan open house.. Dari sekecil2 majlis digabung dengan open house jadilah besar sikit..( Niat di hati x nak lah heboh2 majlis pertunangan ni.) But ramai yg datang pun ingatkan just makan2 saja coz my pelamin dalam rumah and makan2 nya di luar rumah.

So, bajet untuk our engagement just untuk barang hantaran + persiapan such as mak up and pelamin.. Baju pun hubby yg design and tempah kat member sendiri.. Begitu jimat kan?? ha ha ..

Makan2 for sure lah my parents yang beria nak amik alih. Kelegaan di situ,, he he he .. Oh ya ++ goodies pun from our saving + bonus raya ^__<

Untuk barang hantaran tu dah x berapa nak ingat lah kan.. ha ha.. sadis, muda2 dah pelupa, mungkin terminum air semut secara tidak sengaja berlebihan T__T

Tapi masih ada bukti2 lagi...untuk refresh ingatan yang dah sedikit berkarat ni.. Astaghfirullahalazim...

BUKTI PERTAMA;
THIS ONE HANTARAN FROM MY SIDE ^__^ 

yang terlihat di situ ialah bunga telur  sponsored by mak ngah (nenek aku kata ni semua adat Johor.. ikutkan saja, barakah namanya mendengar kata warga emas ok!), daun sireh palsu (my mom beli RM50 ),Buah buahan pun sponsored by mak ngah juga, muffin and kek sponsored by BFF Eroh Basir n Mama Zana, manisan gula2 bagai also from my cute makngah. Ha, nampak x buah jambu merah menyala tu, Itu actually kuih kole kacang yang direka kreatif from my BFF also Daya Zainal. and the rest Coklat Cadbury + kasut + + Set bell and wallet + kain pasang + samping + songkok sponsor sendiri la.. ha ha bakal suami yg nak pakai..Lagi satu apa yerk, haha hilang ingatan seketika sepatutnya 13 .Ok, baru ingat, jam tangan.

BUKTI KEDUA
THIS ONE FROM MY HUBBY SIDE ^__^

Makanya setelah diteliti, yang terlihat disitu adalah bunga telur, kek , buah-buahan, kain nikah, cincin tunang ,ketupat daun palas (adat utara katanya) , kain pasang untuk my brother ( langkah bendul punya pasal, gatai nak kawin kan.. kena upah abg, huhu) , beg tangan , kasut, daun sirih original dan jam tangan..

Ok, done story pasal hantaran and Alhamdulillah majlis berjalan lancar sepanjang majlis. actually kalau korang pandai berjimat, kos nya x sampai 1k pun.. Bukan nya ada upacara yang koramg kena keluarkan duit bagai. All ikut sendiri punya style ok. Here, attached some pic from our E-Day.


Bakal MIL, now dah MIL pun sarung cincin ^__^

Pengalaman disarung cincin , wah memang mendebarkan,, Siap pakej menggigil lagi.. ha ha. Turun dari bilik jer, semua mata mata manusia fokus kat gadis tersebut.. ha ha poyosss. Pang sekali! Err, baju yg dipakai di design oleh my hubby <3 gaya="" kesian="" lebih="" menggigil="" nya..="" p="" sayang="" senyum="">
Best buddies from UUM 
Areda, Mai, Dida dan adiknya
After ceremony, apo laie, bergambar kenanganlah beramai2..

BFF From SMKAP
Dari pahang, singgah tangkak.. ha ha ha.. Love Nazirah n Eroh <3 p="">
My Lovely Family <3 p="">
Ada my friend tegur, Aish...belum kawin dah pegang2 pinggang hubby ?? ha ha ha.. PLEASE jangan terpedaya, itu adalah tangan my hubby .. Sila lihat tona kulit ya.. (ha ha macam lah korea sangat kan nak beza2 tona kulit bagai)

Family hubby yang skang dah jadi my family too <3 p="">

Sekian dahulu laporan bertulis for E-day preparation.. Bukan susah nak senang, bukan senang nak senang.. Apakah??? Cari sendiri. BYE..

Nota kaki : Rindu zaman slim.. ha ha