Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, September 2, 2013

PERSIAPAN PERNIKAHAN

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak ni mempunyai masa terluang nak post entry kat blog. Walhal niat  nak ngedet nya dari tahun lepas lagi. Kesian !!

Last entry about e-day,  now continue about my preparation for the big day:)
Siap sediakan satu buku tebal lagi untuk list to do kawin.. ha ha.. nampak poyo kan tapi sgt sangat membantu ok. Al maklumlah kita bukan boleb ingat semua., ke aku jer yg pelupa ?hu hu
First of all, decide tarikh la kan. Kata sepakat nya dr kedua pihak ialah bln Disember..
Belah perempuan :
Tarikh : 22 Disember for nikah (10pg)+ sanding( 2ptg) + malam berinai (8.00 mlm)
Tema : nikah -biru , sanding - oren, malam berinai - hijau

Belah hubby :
Tarikh : 25 Disember 2012 ( 12 tghri)
Tema : royal blue

Untuk perkahwinan ni mesti lah kena buat persiapan detail. Siap aku buat timeline lagi .. huhu


First,  settle kan kursus kahwin. Org lain da join during study, eden  nak kahwin baru terkedek2 nak join kursus kawin ni.

1) KURSUS KAHWIN

http://www.alshahir.com.my/



 Kat sini sgt fleksibel masa nya , every week pun ada so korang decide je nk join bila,, bayaran standard RM70 dan sijil pun dalam seminggu siap,, laju kan?

2) URUSAN PEJABT AGAMA

Ok, done kursus kawin + dpt sijil kursus then settlekan dgn pejabat agama. Settlekan belah lelaki dulu coz nanti borang2 belah lelaki , kita akan attach untuk hantar ke pejabat agama pihak perempuan.

Sila settle kan cepat coz prosedur agak lambat nak kena deal dgn banyak pihak. Kat set borang ni juga akan diberi satu sampul biru untuk HIV test. Maknanya korang kena beli borang kat pejabat agama dulu baru korang boleh buat HIV test.

Bagi yg mempunyai masa berlebihan , ha ha maklumlah aku masa ketidakcukupan, korang boleh buat secara 2 in 1 gitu., settle HIV test and settle form2 pejabat agama. Macam tempat aku, saksi kena cari sendiri, dapatkan tandatangan n no ic. Tok Kadi from pejabat agama.

3) HIV TEST

HIV test we all buat kat klinik kesihatan segamat, nurse akan call bila result keluar n paling lama pun sebulan. Tapi result dah keluar pun x call2, sabar je lah.. org nak kawin ni, lambat2 plak.. skali aku call boleh plak jawab " eh, result dah lama keluar" . Pengsan !! Boleh plak x call result dah keluar kalau x dah lama settle belah lelaki..

Once settle HIV test, submit segala borang bagai kat pejabat agama belah lelaki . X lama, dalam seminggu macam tu, siap semua terus ayah mertua hantar kat abah untuk settle pihak perempuan.

Untuk belah perempuan agak lama sikit prosedur, lagi2 aku from Johor, siap ada interview lagi masa nak submit borang tu.. soalan interview korang jangan risau, soalan basic fardhu ain. Aku rasa semua orang pun In Sha Allah ada knowledge fardhu ain.

Antara bahagian soalan interview :
  • Mengucap 2 kalimah Syahadat
  • Bacaan Al- Fatihah
  • Bacaan Doa Qunut
  • Ilmu Munakahat
  • Ilmu Toharah
  • Tanggungjawab Suami Isteri

Sebelum hantar borang tu, beria lah aku study itu ini  .. Debar kot nak interview ni , actually takut x lulus, x kawin plak nanti.. ha ha ha.. Alhamdulillah LULUS dengan jayanya ..

Mungkin lain individu lain soalan nya :

Korang boleh try cari sumber kat sini plak.
Soalan Bakal Pengantin

Ok, bila dah submit form + selesai interview, maka settle lah perkara wajib yang korang kena settlekan before wedding. Some place korang kena amik balik borang2 tu n bawa masa nikah nanti tapi tempat aku hari tu kebetulan Tok Kadi tu pun kerja kat pejabat agama tu, dia yang akan bawa masa nikah nanti..

Ingat senang nak kawin?? ha ha ha.. Aku pun paling kurang amik masa 3 bulan nak settle semua ni + + nak kena settle bahagian majlis plak.. Ting Tong seketika.T_T

Dalam2 siapkan perkara wajib, segala benda majlis pun nak kena settle juga kan??

Ok , Part Kenduri as usual my parents ambil alih ( ambil alih sepenuhnya bermaksud menu + makanan berhidang + khemah ) LEGA ~

And the rest is our part. PENGSAN!!

First we decided to settle barang hantaran. Barang hantaran 9 berbalas 7. 2 month before wedding prepare tapi 2 minggu sebelum kawin pun x settle2 ha ha.. Perkara bukan remeh pun tapi suka sangat melengahkan .. Aish!! Godaan Syaitan saja~

So, this hantaran from my side :

  • kek
  • buah-buahan
  • sejadah
  • manisan
  • coklat
  • sirih junjung
  • bunga telur
  • cincin silver
  • muffin



And this from hubby side :

  • kek
  • buah buahan
  • sejadah & telekung & kain pasang for my brther 
  • wang hantaran
  • sirih junjung
  • bunga telur
  • gelang tangan 

Disebabkan hantaran tunang dah banyak berbentuk materialistik.. ahha.. so, for wedding we choose the simple one lah. ehe~


Preparation :
Malas nak taip pepanjang, buat dot2 sajalah.. huhu
  • mak andam + pelamin
  • photographer
  • doorgift
  •  baju nikah + sanding + malam berinai
  • hantaran


Ok, Sekian untuk preparation. Maybe tak complete. Hopefully dapat membantu sedikit sebanyak bakal pengantin ..


Notakaki :  Yang paling penting preparation MENTAL + FIZIKAL.



No comments:

Post a Comment