Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, December 26, 2014

2nd Anniversary @ 22.12.2014

Assalamualaikum..
Nampaknya hari ni da 26hb. 12 .. Sepatutnya entry ni untuk 22.12. Lewat 4 hari sudah~

Officially genap 2 tahun menjadi permaisuri hidup Encik Suami dan Setahun sebulan menjadi mama kepada Puteri Pipi Merah.. Alhamdulillah, perancangan yang cantik dari Allah..

Now, adik Maira dalam perut sudah pun berusia 4 bulan, Lagi 5 bulan, akan lahirlah seorang lagi umat Nabi Muhammad..In Shaa Allah.

Kalau Encik suami ada jalan-jalan kat blog ni , Just wanna to wish


  • Happy Anniversary 
  • Terima kasih untuk segalanya, 
  • Terima kasih atas kenangan yang terindah
  • Terima kasih merealisasikan impian isteri abg yg cerewet ni
  • Terima kasih banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk Mama dan Maira
  • Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih untuk semuanya..
Ayat selalu yg syg bgtau abg : NO WORDS CAN DESCRIBE HOW MUCH ______________ . Selalu abg akan sambung sendiri ayat ni kan...

Also nak minta maaf kalau selama kita hidup bersama ni syg ada terkasar bahasa atau perbuatan kat abg. Mohon maaf dr hati yang murni ini~



Okay, readers yg nak muntah , sila abaikan ayat kejiwangan di atas ya~heeeee..

Itu pun kalau Encik suami melawat blog usang ni. Maklumlah update nya setahun berapa kali je....
haha~gelak jahat.

Wassalam.

NotakakiPalsu: NOWORDSCANDESCRIBEHOWMUCHiLOVEu~

Puteri Pipi Merah




Pizza Homemade Simple Tapi Sedap


Assalamualaikum
Entry berbaur kemalasan di pagi hari. Sudah tengahari okay~
Semalam cuti Krismas terasa macam nak menyepahkan dapur rumah..haha
Btw, ujan2 ni tahap kemalasan adalah berganda .
Nak keluar rumah pun malas nak cari barang basah buat masak-masak.
Jadinya terhasil lah Pizza homemade MamaMaira ini.. 
Serius Simple Tapi Sedap!!!

Jom kita terjah cara nak buat Pizza malas ini..

Bahan-Bahan :
Roti gardenia- buat bulat bagi nampak real cam Pizza betul
sos cili
mentega
mayonis
tomato - dihiris nipis
sosej - direbus dan dihiris nipis
kurma - dihiris nipis
keju tabur..

1. Mula-mula bulatkan roti, yg ni aku guna penutup tupperware je,, 
2. sapu nipis mentega
3. sapu sos ratakan atas roti
4. susun sosej , tomato n kurma ikut kreativiti
5. letak sos lagi skali beserta mayonis
6. taburkan keju






ni pizza sblum dimasak ^__^ gini ler ghupe nya~


Yg ni versi Maira punya, bezanya x letak sos ngan mayonis tp ambah telur hancur kat atas pizza tu.
Nampaknya Maira belum pandai makan lagi sbb Maira juz makan yg bahagian atas je. 
Rotinya Papa Maira yg ngap~


Aku buat 7 keping je.. which is 1 adalah Maira punya. Aku makan satu pun dah kenyang. The rest Papa Maira yg habiskan. Paksaan dari Mama Maira.. heeee Next time dah tau la x yah buat byk2 coz makan satu pun dah kenyang...


Yang ni da siap dibakar~ Dah tinggal sekeping baru ingat nak snap pic.. hahaha...
Alhamdulillah. kenyang. Rezeki dari Allah.