Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, November 13, 2013

Pengalaman bersalin caesar

Assalamualaikum..

Wah, Udah bersawang blog ni baru terasa nak update . Biasalah manusia~ ke aku jer gini.. haha .

Entry kali ni nak share pengalaman bersalin anak pertama.

Alhamdulillah selamat melahirkan puteri yang comel pada 5 Nov 2013/ 1 Muharam . Anak tahun baru makanya banyak pihak yang memberi sumbangan sempena awal muharam . Rezeki dari Allah. ALHAMDULILLAH ^__^.

Pengalaman bersalin anak pertama memang mengujakan. No experience , knowledge pun x banyak.. Just ikut kata hati saja~ hehe

Malam 30 Oktober ada cecair yang banyak juga keluar after our dinner. But masa tu mungkin terlalu penat dan x terfikir itu adalah air ketuban. Then esoknya kerja macam biasa~ Hubby plak terlintas nak tanya MIL, then MIL suruh pergi checkup. Balik dari kerja terus pergi klinik Poliklinik Medi Nur, then doc terus minta refer hospital as emergency case~ Balik rumah tu sempat lagi aku makan2 dengan hubby, kemas rumah + basuh baju then baru gerak ke hospital. Perjalanan kurang 2 jam jugalah~ ( laju hubby bawa^_<)

Sampai hospital , terus terjah dewan bersalin ~ haha yang kelakar nya aku x sakit pun tiba2 jadi sakit dengan suasana yang sedemikian.. Serious!!! So, as usual lah checkup bukaan , air ketuban, siap amik sampel untuk detect either ada bakteria lagi.. ada dalam 3 jam duk terbaring, then PPK pun x boleh nak lepaskan aku maka nya tunggu pakar keesokan paginya dan bermakna AKU DITAHAN !! perkara yang paling x best adalah duduk betapa dalam wad~ Mengeluh!!! Siap pujuk2 nurse lagi x nak duduk wad , Sia-sia x jalan pujukanku.. ha ha. waktu tu jam dah pukul 2.30 pagi, serious sedih nak tinggal hubby. Hubby balik jer terus nangis. CIWEK!!!

Hubby x terus balik rumah , tidur dalam kereta sebab may be aku boleh discharge keesokan harinya tapi hampa~ aku ditahan 2 hari untuk pakar monitor pergerakan baby dalam perut ni~ PASRAH!

Then 2 Nov, baby semua okay aku dah boleh discharge~ Alangkah bahagianya ^____^ ALHAMDULILLAH..

4 Nov, aku dah rasa semacam jer perut.. Setiap 3 jam terjaga rasa sakit. Then tahan jer dulu sampai pagi baru pergi hospital. Pagi tu plak keluar lendir + darah . Ok, berdebar! Pergi hospital pakar cek bukaan dah 2cm. Doktor plak bagi pilihan either nak duk wad atau balik. For sure aku pilih BALIK!!ha ha

Kat rumah plak dah kerap sangat sakit tapi sakit masih boleh tahan so aku rasa bukaan pun still x besar lagi. Decided mlm tu baru pergi hospital. Bila PPK cek bukaan still x besar baru 4cm tapi bila buat CTG jantung baby dah kurang reaktif, baby plak dah memberakkan diri dalam perut, so PPK decided untuk terus ke labour room. Dalam pukul 11.00 malam nurse panggil my hubby serahkan semua barang aku dan nurse amik barang baby tolak aku ke labour room. terus masuk ubat nak bagi bukaan jalan lebih cepat. 3.00 pagi nurse panggil my hubby temankan, masa tu sakit hanya Allah yang tahu. Terkenang dosa2 yang dibuat~ Insaf sangat2... Jantung baby plak still kurang reaktif walaupun dah berjam2 buat CTG.

Jam 7.00 pagi, Pakar check up and decide untuk aku bersalin ceaser. Betapa kecewa + sedih coz mmg plan nak bersalin normal and the most important is nak hubby ada masa bersalin. Apakan daya kita hanya mampu merancang Allah jua yang menentukan yang terbaik untuk kita~  Dan aku sendiri pun x boleh nak berfikir aku minta pakar jumpa hubby aku dan hubby aku  setuju aku dibedah memandangkan untuk selamatkan KEDUA-DUA NYAWA. Masa tu aku mmg dah tak sedar apa~ Dari aku ditolak ke bilik bedah sampai siap dibedah ~ langsung x sedarkan diri! Pukul 8.00 pagi masuk bilik bedah, Pukul 9.01 pagi baby selamat dilahirkan. Alhamdulillah, dan masa tu aku hanya membuka mata untuk mencium puteri sulongku.Dan...... aku x sedar lagi ~~~

Pukul 11.00 pagi aku ditolak keluar dari bilik bedah~ Dari jauh aku nampak hubby aku samar2 sedang menunggu aku . Sabar sekali hubby aku sempat lagi dia bagi senyuman nakal~ mungkin nak tutup keresahan.... huhu.. Aku pun membalas senyuman tanda aku okay2 saja.. padahal sakit yg ditanggung hanya Allah yang tahu..



Puteri Sulong PapaMama 
Nur Syahiratul Humaira bt Mohamad Syazril Hafiz

No comments:

Post a Comment