Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, April 16, 2011

WaiTing...



lagu ni khas untuk my love~~~

percintaan jarak jauh yg sememangnya kena percaya antara satu sama lain..

just wanna to say...

I'M REALLY MISS YOU...


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…


Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru


Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

bIRtHDaY GiRL LaGi??????

assalamualaikum....

mai.. mai.. mai rapat2...

ceq nak crita lagi al kisah birthday girl....

ni kali ke 3 ceq dok post crita birthday nie...

nak wat cmna na.... kengkawan ceq suma dok pakat nak kuaq bulan 4....

la nie dok crita sal NUR HARIZAH pulak la na...

al kisah pun bermula....

dak yana , dak qmc , la nie...tanggal 15 april dak ezah plak...

ceq nyanyi lagi skali la na...

ALLAH SELAMATKAN KAMU..

ALLAH SELAMATKAN KAMU...

ALLAH SELAMATKAN NUR HARIZAH..

ALLAH SELAMATKAN KAMU...


(nyanyi cam dalam crita haji bakhil ...xtaw crita pa)huhu

ehem..ehem..

dengan ini ceq mengisytiharkan..

harizah sudah tua....

yeay!!!!
4 org sudah kengkawan ceq dah tua...

from me:

semoga panjang umoq..

murah rezeki +anak ramai..

kawin , jemput la kami na...

n GOOD LUCK IN YOUR LIFE....



ni la wajah bila x trima kenyataan umoq da 22 taun...huhu sabaq na..

p/s: sori na ezah... lewat sehari coz tadi ada test QTI..

yg pnting nak agtaw kat u oll....

i mishhhh u ollzz...ezah, eroh,nanad,nazirah,qmc,mumu n yana..

muax2...

papai~~~~

Wednesday, April 13, 2011

bIRtHDaY GiRL 2

ASSALAMUALAIKUM SEMUA......




ha.... ni lg sowang bez fren aku punya birthday...




via gambaq di atas.... mesti kowang da kenal kan wpun beliau menutup mulut nyer~~~

nak taw x sbb apa kwn aku sowang nie tutup mulut????

sebab

sebab

sebab

sebab......

dyer j*ngang...(jgn bgtaw dyer taw)huhu..

to my love qmc..

HAPPY BIRTHDAY CAYUNK..

aku doakan...

SEMOGA PANJANG UMUR N MURAH REZEKI...

NAMPAKNYA UMUR DAH MENINGKAT LAGI SETAHUN....

HARAP LEBIH MATANG DAN MATANG DAN MATANG LAGI~~~~

yg paling nak agtaw...

sho sho sho showi cgt2...

lambat wish.. bz ckit ngan exam...

then, nak agtaw yg paling penting..

cayer

kangen

canget

came

kamoooooo...

lap u qmc...


fuhhh.... lamer aku wat luahan perasaan kat kwn aku nie...

akhir nyer aku berkesempatan untuk wish juga...

ok la...

ni la wajah kawan aku selepas operate ...


tada~~~~




pesanan penaja: actually qmc a.k.a ain nie x j*ngang pown...

aku pun xtaw al kisah mengisah awat la dya duk tutup mulut...

cer..cer... cer tengok dyer senyum...

MANIS KAN???

xyah der nak tutup mulut yerk cyg...

once more time~~~

HAPPY BIRTHDAY CAYUNK~~~

Tuesday, April 12, 2011

Bahaya senggugut




Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN



SENGGUGUT bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis.

Endometriosis adalah penyakit yang berlaku apabila tisu endometrium, iaitu tisu pengalas dinding rahim (yang sepatutnya tanggal ketika haid) ‘tumbuh’ di luar rahim — sama ada di ovari, tiub Fallopian, ligamen yang menopang rahim atau di mana saja dalam rongga pelvik.

Tisu endometrium juga boleh berkumpul di hampir semua lokasi dalam badan, antaranya pundi kencing, usus, faraj, apendiks, rektum (dubur), parut pembedahan Caeserean (pembedahan ketika bersalin) termasuk tempat terpencil seperti otak, saraf siatik, paru-paru dan kulit.

Apabila ada di luar rahim, tisu endometrium menjadi pertumbuhan menyakitkan. Ia akan berubah bersama perubahan hormon ketika pusingan haid. Ketika haid, tisu ini juga akan pecah dan berdarah.

Bezanya, lapisan endometrium dalam rahim akan tanggal dan dikeluarkan bersama cecair uterin (sebagai darah haid) tetapi pendarahan daripada endometriosis tidak mempunyai jalan keluar. Pengumpulannya menyebabkan tisu di kawasan ia melekat menjadi radang dan berparut.

Sebagai tindak balas terhadap keadaan tidak normal ini, badan menghasilkan tisu parut untuk melingkungi tempat berkenaan. Keadaan ini menyebabkan wanita mengalami kesakitan dan tekanan pada pelvik atau senggugut setiap kali haid. Mereka juga akan berasa sakit ketika mengadakan hubungan seks.

Punca endometriosis masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi saintis percaya ia disebabkan aliran haid retrograd atau menyongsang; iaitu darah haid mengalir masuk ke dalam tiub Fallopian. Sel endometrium dalam darah haid akan melekat di tempat tertentu dan mula mendatangkan masalah.

Dianggarkan 10 hingga 20 peratus wanita mengalami gejala endometriosis sewaktu dalam peringkat subur. Walaupun ia biasanya berlaku di kalangan wanita berumur antara 25 hingga 40 tahun, endometriosis boleh dialami wanita bermula dari kali pertama mendapat haid hinggalah menopaus, tidak kira sama ada mempunyai anak atau tidak.

Semua gejala endometriosis mungkin kekal, berkurang walaupun tanpa dirawat atau meningkat dengan tiba-tiba. Namun biasanya gejala ini berkurang ketika mengandung atau selepas menopaus.

Bagaimanapun, ada wanita mempunyai endometriosis tanpa mengalami gejala. Malah, tahap kesakitan dialami juga tidak boleh dijadikan pengukur saiz endometriosis kerana ada wanita berasa sangat sakit walaupun endometriosisnya kecil dan sebaliknya.

Senggugut tidak harus dianggap perkara biasa, sebaliknya perlu diberi perhatian serius, terutama jika anda mengalaminya sejak mula mendapat haid. Masalah ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan wanita boleh mengesan perubahan haid mereka pada usia lewat 20-an dan 30-an.

Selain masalah kesihatan, endometriosis boleh mempengaruhi kesuburan seseorang. Ini kerana kehadiran pertumbuhan endometriosis dalam tiub Fallopian misalnya boleh menghalang laluan telur dari ovari ke uterus untuk bersenyawa dengan sperma. Keadaan ini menyebabkan seseorang wanita sukar mengandung.

Kehadiran endometriosis menyumbang 10 peratus kepada masalah kemandulan dan dianggarkan 30 hingga 40 peratus wanita yang mempunyai endometriosis mengalami kesukaran untuk hamil.

Bahkan tisu parut yang terbentuk sebagai tindak balas terhadap kerengsaan daripada endometriosis akan kekal dan mungkin boleh menyebabkan kesakitan, walaupun selepas wanita putus haid.

Rawatan

Rawatan bukan saja bertujuan meringankan kesakitan dan gejala endometriosis, tetapi lebih penting ialah menyekat penyakit ini daripada merebak dan memulihkan kesuburan pesakit kerana kemampuan untuk mengandung dapat dipertingkatkan jika endometriosis dirawat.

Selain itu, rawatan awal membolehkan seseorang wanita mengekalkan fungsi organ pembiakan kerana pada peringkat yang teruk, doktor mungkin terpaksa menjalankan pembedahan pembuangan uterus dan ovari. Ini bermakna seseorang wanita akan putus haid cepat dan tidak berpeluang mengandung lagi.

Endometriosis boleh dirawat dengan menyekat tahap hormon estrogen dan progesteron yang merangsang pertumbuhan sel endometrium. Secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengambilan ubat atau pembedahan.

a. Ubat

# Pil pencegah kehamilan

Biasanya endometriosis dirawat dengan pil pencegah kehamilan. Pil ini akan menghentikan pengeluaran telur dan kitaran haid pesakit buat sementara waktu. Ia dapat mencegah endometriosis daripada merebak dan mengurangkan kesakitan. Bagaimanapun, kaedah ini hanya sesuai jika endometriosis masih kecil.


# Hormon estrogen

Pemberian hormon ini, sama ada dalam bentuk pil atau suntikan pada dos tinggi, boleh mengganggu fungsi ovari dan mengurangkan rangsangan terhadap pertumbuhan endometrium. Bagaimanapun, ia juga hanya sesuai jika saiz endometriosis kecil.


# Derivatif hormon lelaki (testosteron)

Diambil secara oral boleh menghalang badan menghasilkan hormon estrogen dan menghentikan pertumbuhan sel endometrium.

b. Pembedahan


# Pembedahan konservatif

Bagi mengekalkan kemampuan wan++ita untuk mengandung. Biasanya dilakukan kepada wanita muda dan masih mahu mempunyai anak. Pembedahan ini akan membuang lapisan endometriosis atau ia dimusnahkan dengan laser.


# Pembedahan bukan konservatif

Hanya dilakukan jika semua cara di atas tidak berkesan. Ia termasuk sama ada membuang ovari saja, ovari dan uterus atau ovari dan tiub Fallopian. Dalam kaedah ini wanita tidak akan berpeluang untuk mengandung lagi.

Justeru, masalah endometriosis perlu ditangani di peringkat awal. Jika anda mengalami masalah senggugut yang teruk, segera jalani pemeriksaan. Untuk maklumat lanjut mengenai endometriosis, sila layari laman web www.ogsm.org.my

Gejala

Gejala paling umum ialah:


# Kesakitan pelvik yang teruk ketika kitaran haid (sama ada sebelum, semasa atau selepas haid). Ada kala kesakitan menjadi lebih teruk pada penghujung haid.

# Sakit ketika mengadakan hubungan seks.

# Sakit dalam usus ketika haid.

# Sakit ketika buang air kecil.

# Abdomen (perut) kembung ketika haid.

# Pendarahan yang banyak atau tidak menentu.

# Kelesuan (akibat pendarahan terlalu banyak).

# Cirit-birit atau sembelit.

Tuesday, April 5, 2011

bIrtHDaY GuRLzzzz~~~~



NI LA BIRTHDAY GURL...(BUKAN GAMBAR SEBENAR..HUHU)


happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to zuliana..
happy birthday to you....

dear zuliana anak pak cik ismail...

wanna to wish

HAPPY BIRTHDAY...
nampak nyew umor da meningkat lagi setahun...
bile aku boley mam nasi minyak keluaran org balok nie..
huhuhu

aper pun

ikhlas

dari

atooollll....

*semoga panjang umo n murah rezeki

*hidup sentiasa dalam rahmat Illahi

*fwenz 4 ever..

n

(malu nak agtaw)
.
.
.
.
.
.
.

I MISSSSSS YOOOOUUUUU!!!!
KAPAN MAU KETEMU?????





TAAADDAAAAA!!!! INILAH GAMBAR SEBENAR..
TETAP CHUMILLL GITU...
MACAM GAMBAR ATAS PUN ADA KAN??
adakah mereka ada pertalian darah???

atau

bau2 bacang????

biarlah tuan dyer yg menjawab:

papai.....

KAHWIN AWAL


assalamualaikum....

untuk entry kali ni, aku nak berkongsi cerita sal kawin awal ...
bunyi mcm menakutkan bukan..

rilex2.ni bukan pertandingan ataupun bukannya nak suh kowang bertukar pikiran untuk kawin awal(wpun aku taw rmai kgkawan aku yg merancang untuk berkahwin..huhu).... jgn gentar k....be steady yerk!!!

ap yg menarik hati daku untuk berkongsi sal kawin awal nie adalah bcoz aku ad terbaca satu story yg bg aku sgt menarik....

seyes cakap aku pun x ter pk....

yokkkkkk!!!!

***************
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

"Seganlah. Nanti orang kata apa."

"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua
merasa tenang dan bahagia..

*********


so... apa pendapat kowang???

penting ke hantaran sumer tue???

mcm mana ngan tanggungjawab dan kewangan akan datang??? itu lagi penting bukan???
amanah Allah...
tuntutan untuk bersederhana dalam apa pun...
yg penting jgn membazir k!!!

peringatan untuk diri sendiri n kengkawan..

(dalam fikiran skg, kalu mampu xpew kan wat grand2

dan hati berkata seumur hidup hanya sekali... huhu)

tapi citer nie membuatkan aku ber pk berjuta kali...

itu sumer x penting.. yg penting masa akan dtg....

adoi...

lemahnya manusia biasa nie... sering terlalai dengan bisikan syaitan...

sekali lagi aku ber pk seumur hidup hanya sekali...

ermmmmm....
penghujung entry yg ak mampu kata " tunggu n lihat"

sekian..
cdit to yg share criter... thanx...

Friday, April 1, 2011

IRFAN KENYIT MATA


MY LOVE:

IRFAN.... AKAK HARAP ADEQ SIHAT2 SLALU...
xmo sakit2 taw syg...
akak syg adeq.. muah kat pipi yg tembam tue

ph0t0ShoOt 1@kOLePeRLiS

Assalamualaikum...

Untuk entry kali ini, aku ngan berbesar hati nyew nak berkongsi about FRIENDSHIP...

kita sering dengar ex-gf or ex-bf ..TAPI kita x pernah dengar ex-frenz.. btul x???
kowang sepatutnya setuju ngan pkara nie kan.. kalu x setuju tiada paksaan K~~~



First of all aku perkenalkan dulu our photographer:




photographer selaku driver tidak berbayar kami adalah akmal haqim...
aku sertakan pi assistant tidak bergajii beliau...maisarah.

then..aku mencari pic photographer ke2 kami tapi tidak ditemui...
wahai syamimi zulkiflee..adakah kamu sudah me remove nya????

our moments...

gerak 5.30 ptg jam aku dan 5.00 ptg jam dak mai..
kami mengalami perbedaan waktu sebab ap??
ha!!! sebab kami duk jauh cgt~~~
petronas utara vs petronas selatan...

ni hasil photosh000000t pertaMA kami~~~
credit to photographer: thanx for the appreciation moments~~~



ni ala2 free style @ tolong bebaskan aku~~~
smart kan pic nie...

credit to syamimi zulkiflee, thanx yer bebeh!!!



yg nie plak versi tolong ingatkan aku~~~

~~tolong ingatkan aku kisah ku tersedar dengan saku penyeluk masa~~`-ana raffali
huhu(terlebey sudah)- lagu favourite aku...
so aku x kisah beliau menang ajl baru2 nie..
alamak terlebey sudah...
skali lagi credit to syamimi zulkiflee: thanx cyg....



dalam kami bergambar. kami turut mengadakan pertandingan imbangan badan..

kowang agak2 saper menang???
ha tu kowang cr sendr~~~

comey2 upenye kawan aku nie.. cute mute gitu...
(proud to be ur fwens lalink2 cumer...)

cdit to akamal hakim: thanx yer !!!!



ni plak versi berebut tiang..
eh!!!tiang ker???
aper ea ni????
batang ea???
bukan juga...
aku gelarkan tiang ajew la...
tiang x beraper nak tiang...

pic ni shown acara berebut tiang..
maka ada lah yg gagal untuk mendapat tiang...
boleh cuba lagi yerk mai cyg... next photosh00t plak...

credit to akmal hakim...thanx once more time..



then, aku wase bnyak sgt pic aku masukkan,,,
last pic ni kitowang snap kat restoran nelayan..
tipah tertipu...arghhhhhh
mahal btoi makanan di situ,,,,



ni pic kami terakhir pada malam tersebut kerana mimi n areda tlah melanggar kontrak bergambar secara haram di changlooooon...

ha.. ni la kengkawan aku kat UUM...
dyorang jugalah tempat mengadu, bercerita, berkongsi.. bergaduh pun ye juga...
hopefully our friendship will forever..
cdit to syuhada: xmo nangis2 ea cyg sem depan kami dah xde~~~~


PERSAHABATAN KAMI BEGITU BERHARGA(IQA,DAYA,MIMI,MAI,AREDA)

jumpa lagi yer di lain maser: papai u oll...