Assalamualaikum pembuka bicara
Seloka puteri hati menjadi cerita
Apa khabar korang2 semua
Semoga Korang baik-baik Saja
Dimulakan dengan rasa kesyukuran
Alhamdulillah diangkat kepada tuhan
5 November 2013 menjadi kenangan
Menjadi ingatan sepanjang zaman
Kelahiran dinanti dengan debaran
Bersalin melalui kaedah pembedahan
Kerana tiada daya untuk meneran
Kes dirujuk sebagai kes kecemasan
9.01 pagi detik bersejarah
Terdengar tangisan yang sungguh Indah
Walau badan tiada daya selepas dibedah
Memanjat kesyukuran dengan kebesaran Ya Allah
Nur Syahiratul Humaira nama diberi
Cahaya Kegemilangan Gadis Berpipi Merah punya erti
Bayi comel lincah sekali
Senyuman boleh mencairkan hati
Kini sudah 3 bulan usia
kalau lapar, wah.... meriahnya suasana
Jangan lambat disusukan anakanda
Lepas kenyang tersenyum gembira
Waktu tidur ada masanya
Lagi lena tidur dalam kereta
Maklumlah dalam kereta penghawa dingin ada
Tambahan pula empuknya tidur di riba
Wahai Puteri Hati kami
Jadilah seorang muslimah yang berbudi
Pohon keberkatan hidup dari Illahi
In Sha Allah selamat duniawi ukhrawi.
Sekian saja seloka untuk anakanda
Puteri hati penghibur papa mama
Semoga menjadi puteri yang berwibawa
Doa papa mama mengiringimu selamanya.
No comments:
Post a Comment