Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, October 30, 2015

Bila kau rasa kau semakin tua~

Assalamualaikum

Pernah tak terjadi bila korang tengok cermin, tetiba korang rasa eh, dah tua ada pigmentasi kat kulit, alamak! kulit kering sel kulit mati da makin nampak sana sini. T_T


Itulah yg terjadi pada aku sejak kebelakangan ni. Lagi-lagi dah anak 2 ni kan, macam-macam kedaraan nya semakin pudar. ha ha! ayat bombastik gitu~ 


Eh, mana ada orang x nak kelihatan cantik dan awet muda , lagi-lagi depan suami. Camne nak goda-goda suami . ye idok? Matik!!


So, sepanjang aku kurang busy ni, aku pun cari-cari dengan Encik Google. First , umur macam aku ni sepatutnya da amalkan kolagen. Sebab , semakin umur meningkat semakin berkurang kolagen dalam badan kita. So, kalau kita nak sentiasa awet muda , cantik jelita, First of all kena mantainkan kolagen dalam badan kita. 


Kolagen adalah protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara kasar, 33% dari protein dalam badan adalah protein kolagen, dan 75% kulit terdiri dari kolagen. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Dan bila umur kita menjangkau 25 tahun, purata kolagen akan berkurang adalah 1.5% tahun demi tahun.. Bila kolagen dah kurang tu yg korang nampak kedutan, jeragat bagai. Uwa~~


Bila jadi cenggini, ada plak kengkawan recommend Manja Kaseh. Selain supply kolagen, Manja kasih ni juga dapat membantu mak-mak dara ni persis anak dara kembali. Wah!! gitu kau..Yang penting selamat untuk mama-mama yang menyusukan anak-anak comel cam aku ni.. kah kah! Sila muntah hijau~


Dan yang paling penting, kawan aku tu dah pun mengamalkan minuman Manja Kaseh ni dan terbukti berkesan~ Bak kata orang serasi lah Manja Kaseh ni dengan body die!!Wah, jeles. Harus juga aku mencuba Manja Kaseh ni. btw, Aku pun dah order kat dia. x sabar nak gi amik n amalkan, kotlah cantik muda jelita persis Adira, gitu!! x pun Che Ta. ha ha. berangan x sudah! 


Eh, takkan aku je nak muda cantik jelita bagai kan, Encik suami pun haruslah hensem bergaya gagah perkasa. gitu~  aku orderkan sekali Arjuna kaseh untuk beliau. Lepas ni berlawan-lawan lah kita kembali muda persis dara dan teruna yerk! ha ha.Matik lagi!! 


Ok, itu pasal kolagen. Of course untuk dalaman kan.



Amik pic ni kat google. Minta izin share ya tuan tanah kedaung. hee


Untuk luaran kulit , aku survey punya survey dan atas cadangan kengkawan diorang recommend aku guna serum nutox . Tapi jodoh aku bukan dengan nutox sebab masa aku guardian, trial set untuk nutox nan hado~ bila terdesak macam ni aku pun google2 , bio essence pun one of best product. Sbb aku x jumpa testimoni yang x baik, so aku pun decide nak guna produk ni.


Honestly before ni aku mmg x pakai apa2 selain pencuci muka. Bila nak mekap, aku apply foundation tutup cacat cela bekas jerawat . Skg, mula lah gelabah. kah kah. Sepatutnya dari awal aku kena jaga tp sekarang baru ada kesedaran. Wallaweh!!!


So, result nya nanti aku buat entry baru plak ..


x sabar kan nak tau resultnya. ha ha 



Beli yg trial dulu~ Minta-minta lah serasi. Boleh la cantik jelita lepas ni. hee


Notakaki: KitaTakPernahTuaMelakukanDosa.Insaflah!

Tuesday, October 27, 2015

3 tahun bergelar Puan Isteri

Assalamualaikum,

Siapa ada vakum??? bak!! pinjam sat, berhabuk da blog ni ..

Entry kali ni berkisarkan pengalaman hidup sebagai Isteri cantik kepada Encik suami~ gitu!!

Lagi 2 bulan genaplah 3 tahun mendirikan rumahtangga, jatuh bangkit bersama small family. Biasalah awal perkahwinan , baru nak belajar itu ini . ye dok~

Kronologi untuk tatapan bila i ols dan suami jadi atok n nenek nanti , also untuk pembacaan anak-anak serta cucuc cicit di hari mendatang.Cewah!

29/04/2012
Merisik Day
Tema: Hentam keromo
Yang sebenarnya pihak suami datang untuk berkenal-kenalan. Lepas makan (Makanan mestilah mak aku yg masak- ha ha ) tetiba ada cincin plak. Mujurlah masa tu abah panggil Pak Ngah n Mak Ngah join makan-makan , xde lah kekok sgt Abah ngan Mak .

E-Day
26.08.2012
Tema : Purple ; Kelabu

E-Day ni pun , perancangan asal adalah nak buat kecil-kecilan. Tapi disebabkan buat pada Hari Raya, abah decidec nak buat open house skali.. so, buat pelamin mini dalam rumah dan makan-makan di luar rumah~ Menu mestilah Abah ngan Mak yg masak. Diorang masak memang superb!! Terbaik bak abg. Banyak persiapan last minute, shawl pun pepagi subuh bangun baru siapkan then terus pakai. Kengkawan memang x nak amik port sbb malas nak campur tangan kerja last minute~Padan Muka!

22.12.2012
Nikah Day

Tema : Biru & Putih
Nampak tak jarak masa yg beberapa bulan je. Banyak sangat yang x sempat nak plan memolek. Kebanyakannya my mom yg tolong. Hantaran pun, aku prepare barang je, mak aku yg settlekan dulang bagai. Alhamdulillah rezeki keluarga suami, banyak hantaran yang disumbangkan dari saudara dan kengkawan. Makanya perancangan 7 berbalas 9, Jadilah 7 berbalas 11. Rezeki~

Tarikh keramat ni juga menyaksikan titisan mutiara jatuh dari kelopak mata abah T_T. Lepas sudah tanggungjawab seorang abah kepada anak perempuan dia nan cantik ini. Menyempat je nak selitkan pujian terhadap diri sendiri. keh keh Terima kasih abah kerana sentiasa bermati-matian membahagiakan anak abah yg cantik ini. Abah lah lelaki pertama yang hadir dalam jiwaraga kakak ^__^ Abah is awesome beb!!


Abah sentiasa HERO di hatiku~

Lepas tu ada salin baju tukar warna oren plak. Tiada huraian untuk diceritakan sbb tgah sebak tgok pic abah T_T


Baju Encik Suami nmpk besar. Pasti hensem gagah perkasa kalau bajunya muat2. x sebesar ini~

23.12.2012
Tema : baju sukan
Tarikh yg penting juga sebab kena pulun menyental periuk kuali bagai. ha ha. Walaupun kebanyakannya adik2 tersayang yang buat, ditambah plak sedara sepupu sepapat join the kelab sental periuk belanga. Alhamdulillah dipermudahkan segalanya..

25.12.2012
Majlis sambut menantu
Tema : Biru

Majlis sambut menantu diringi hujan renyai-renyai. Ha, kau hado? ha ha . Walaupun macam lari sikit timing tp segalanya Alhamdulillah. Meriah! Rombongan satu bas dan beberapa biji kereta. Yang penting, make-up best! hehe

Lepas habis cuti, maka berangkatlah pulang ke bandar. Kerja plop kite.
First rumah hidup bersama Encik suami, kami menyewa di Taman Mas Puchong. Rate sewa, boleh tahan cekik darah tp apakan daya itu je yg ada~ Sewa Rm700 sebulan x termasuk api air. Bebanan sewa yang mahal membuatkan kami laki bini berusaha mencari sebuah rumah. Dengan kata lain, Beli Rumah!

Mac 2013
Outdoor session
Tema, biru & putih

Begitu sekian lama, lemak-lemak tepu sudah mua berkumpul , barulah berkesempatan nak bergambar outdoor. Time ni pun da preggy almost 3 month. Maka, beroutdoor ler ketiga manusia sekaliannya. Gitu~

05.11.2013(Awal Muharam)
Happy Birthday Maira

Pengalaman bersalin Maira secara C-Ser sudah dicoretkan di SINI. Alhamdulillah dikurniakan seorang puteri yang cantik seperti mama dia.. ha ha
Rezeki Maira lahir awal Muharam, banyak dapat hadiah dari pelbagai pihak termasuklah pihak hospital.Alhamdulillah
Pada tarikh entry ini dipublishkan, Maira akan menyambut tahun kelahiran yang kedua beberapa hari lagi. Happy Birthday in advanced kak Maira.

Lepas bersalinkan Maira, kami pun berpindah ke Klang. Rumah yang asalnya kami sewa dengan RM500 sebulan akhirnya menjadi milik kami dengan bayaran RM900++ sebulan. Kalau diikutkan memang berbaloi sbb kat Puchong sewa RM700, x lari sangat pun tambah RM200 dah bayar untk rumah sendiri.

RM500 tu plak sebabnya proses jual beli masih belum selesai, sementara menunggu rumah tersebut menjadi hakmilik, kami bercadang untuk menyewa di situ. Untuk pengetahuan sewa kawasan situ idak boleh melebihi RM500 walaupun owner kena bayar bank RM700 sebulan. Now, rumah itu dah menjadi milik kami. Alhamdulillah.

Desakan kos hidup kat bandar, ditambah dengan harga rumah yang makin lama makin mahal sampai sakit kepala duk memikirnya, kami pun belilah rumah second hand. Eh, ada ke rumah second hand? ke preloved? ha ha ha . Kalau kereta ada lah juga term used-car kalau rumah ??? apa yerk? apa-apa je lah yerk!

Masa kami laki bini beli rumah tu, ada gak la mulut-mulut makan halia duk kata kami sponsored by Mak Abah la bagai. Dan sebenarnya, untuk pengetahuan yang bermulut halia tu, kami laki bini keluarkan duit EPF + duit bonus untuk deposit rumah tersebut. Duit lawyer dan tambah-tambah ada la juga guna duit mak abah n sibling sikit-sikit. Bukannya full sponsored hokey!

05.06.2015
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Hari Kelahiran Qaisara


Kalau masa bersalinkan Maira, itu adalah pengalaman pertama bersalin . Untuk Qaisara juga ia merupakan pengalaman pertama . Bersalin secara normal. Lain kekdah nya tu~ Pengalaman pertama juga bersalin di private. Masa Maira dulu bersalin di Sepital kerajaan kat Muar. Hospital Pakar.
Rezeki Qaisara juga , lahir Hari Agong dapat banyak hadiah dari pelbagai pihak. Amdulillah.

Macam dah panjang entry kali ni. Nanti buka episod baru plak. K, bye!

Notakakimulus: JatuhCintaBanyakKaliDenganOrangYangSamaIaituEncikSuamiNanHensemDanGagah. k, Bye! Ha ha