Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, May 29, 2014

AKU MASIH INGAT ITU

Aku masih ingat itu..
ITU dulu-dulu ketika aku masih kanak-kanak
Mestilah keanak-anakan ye dok~
Mungkin kemengada-ngadaan (ada ke perkataan ni dalam kamus ) haha

Aku masih ingat aku pernah jatuh longkang sehingga tangan ku terpeleot~apakah? mungkin terseliuh
Waktu tu umur aku mungkin 3 tahun atau mungkin 4 tahun..
Hidup di berek tentera kuching Sarawak~

Aku masih ingat, aku dan abg aku terjun dari berek tingkat 1,
Kalau ikut akal logik,  memang hebat kami berdua
tinggi tu~
Sebab bila dah dewasa nak lompat tangga pun jadi kecut.takut.
Baru ku tahu nakal nya aku!

Aku masih ingat aku berebut nak mandi dengan abangku
Mak abah memarahi aku
Wah bersungguh aku menangis
Dan bila mak abah suruh berhenti nangis
Aku menjawab " nangis ni x nak berhenti . dah tak boleh berhenti ".
Hahah Baru ku tahu lucunya aku

Aku masih ingat semasa usiaku 4 tahun
Aku terlihat wajah insan kesayangan dalam kesakitan
Masih jelas di ingatanku
mak menahan sakit bersalin adikku Mohammad Khairul Nizam
Dan aku masih ingat ambulans membawa mak pergi hospital
adik aku Mohammad Aizuddin plak menangis nak ikut..
Ya, masih segar di ingatan aku semua itu....

Aku masih ingat jiran aku meninggal
Dua orang polis datang rumah jiran aku Cik Ana
Memaklumkan suami beliau meninggal dalam kemalangan
Masih terngiang-ngiang esak nangis nya
Menahan sedih dan mencari kekuatan~

Aku masih ingat sewaktu abah aku ditukar penempatan ke Semenanjung
Kami sekeluarga menaiki helikopter
Aku memnaggilnya helikopter hidung
Dan aku masih ingat aku bertanya kan mak aku
" Kenapa telinga aku berdengung ?"
Dan kini aku sudah tahu jawapannya....

Aku masih ingat saat-saat abah aku dihantar ke Bosnia
Dan aku juga masih ingat saat-saat abah aku balik ke Malaysia
Abah belikan set permainan, abah belikan barang mekap , abah belikan strawberi
Untuk aku yang berumur 7 tahun
Dan abah belikan baju skirt kuning KIKO
Dan aku masih ingat muka gembira mak ^_____^

Aku masih ingat abah akan tinggalkan soalan matematik sebelum abah pergi kerja
Aku masih ingat abah buatkan gam guna tepung ubi
Aku masih ingat abah hantar pergi sekolah walaupun aku dah terlambat
Aku masih ingat abah membawa aku berjalan-jalan naik moto hijau setiap petang
Aku masih ingat semua itu~

Aku masih ingat aku nak jadi orang gaji,
habis-habisan dimarahi ,
Kalau nak jadi orang gaji jangan sekolah!! itu kata busu aku
Tapi sebenarnya aku nak jadi orang yang bagi gaji
Masa tu kan aku masih budak-budak
Cakap pun salah-salah lagi..
Haha aku masih ingat itu
Kelakar nya aku~

Aku sengaja coret semua kenangan zaman kanak-kanak aku kat blog ni
Aku takut nanti aku tak ingat semua kenangan-kenangan ini lagi
Mungkin bila aku sudah tiada atau tak sempat berkongsi cerita ini dengan anak cucu aku
Blog ini akan menjadi sebahagian diari hidup aku..
Cerita dulu-dulu~




Monday, May 19, 2014

PERKONGSIAN BERMAKNA

Assalamualaikum

Semoga diberi kesihatan yang baik. In Sha Allah

PERKONGSIAN BERMAKNA untuk mommies, yg bukan mommies pun boleh ^__^.

Pernah dengar pasal TROPIKA HERBAL CREAM? This entry for some testimoni from my experience.

Sebelum tu....
Pic ehsan Pak Cik Google


Entry untuk memfamouskan Krim telon herba~ 

Perkongsian yang tidak berbayar. Free. Ikhlas dari hati gitu. haha.Poyos kau jah!!

Ok, straight to the point:
Krim ni aku selalu gunakan kat Maira.
Since Maira batuk yang agak lama hari tu, banyak alternatif yang aku dah cuba.
Siap sedut kahak bagai kat klinik.

Alhamdulillah ada member kepada hubby perkenalkan krim ni.
Aku just sapu kat dada Maira, belakang Maira. Dengan izin Allah, Maira sembuh.
Bersyukur sangat~ 
Alhamdulillah

Selain tu aku juga gunakan krim ni bila Maira sembelit.
Maklumlah Maira kan dah makan makanan pejal skg, so kadang2 aku terbancuh nestum terpekat la~boleh gitu .. 

Jadinya kalau Maira sembelit, aku sapu kat perut Maira + urut2 sikit.
Then she akan poo poo seperti biasa.

Kalau cirit-birit pun aku letak juga kat perut Maira.
Alhamdulillah, cirit-birit tu berkurang dan poo poo seperti biasa jugak.

So, aku recommend kat kawan-kawan untuk guna krim ni . Tak mahal pun, aku beli RM37.00. 
But aku tgok online RM39,90 + postage RM6.
Still murah lagi untuk kita laburkan demi kesihatan anak-anak kita.

Sorry, aku just recommend , aku x menjual ya~

Salam kasih sayang.

Jumpa lagi lain entry.

notakaki: Kitatakakanberhentimencariyangterbaikuntukanakkita



Monday, May 12, 2014

Maira is 6 month already ^__^

 Assalamualaikum.

For this entry just wanna to share about Maira.
Ya, she already 6 month.
now da pandai bersembang lebat like her papa..
She love to smile.hug and kiss.
Very peramah and ceria.
Our Princess Maira. Dah nampak gigi sebatang ^__^ 

Da 6 bulan ni barulah perasan yang Maira ni ikut mama ke papa ke..Kalau main2 tu mestilah more than her papa. Then bila nak tidur of course lah her mama.. hug mama.hug hug. so cute^__^

Papa Maira yang rajin melayan Maira bersembang + Main. Good papa. Lebiyu
Apa yg you all perasan persamaan kami??
Our cute smile.. hahahah... 
Gila perasan!!!
Kalau korang perasan, mata kami agak-agak sepet gitu bila senyum.
PERASAN X??
hee ^__^

Sekian entry kali ini.

#senyumseindahsuria