Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, October 30, 2015

Bila kau rasa kau semakin tua~

Assalamualaikum

Pernah tak terjadi bila korang tengok cermin, tetiba korang rasa eh, dah tua ada pigmentasi kat kulit, alamak! kulit kering sel kulit mati da makin nampak sana sini. T_T


Itulah yg terjadi pada aku sejak kebelakangan ni. Lagi-lagi dah anak 2 ni kan, macam-macam kedaraan nya semakin pudar. ha ha! ayat bombastik gitu~ 


Eh, mana ada orang x nak kelihatan cantik dan awet muda , lagi-lagi depan suami. Camne nak goda-goda suami . ye idok? Matik!!


So, sepanjang aku kurang busy ni, aku pun cari-cari dengan Encik Google. First , umur macam aku ni sepatutnya da amalkan kolagen. Sebab , semakin umur meningkat semakin berkurang kolagen dalam badan kita. So, kalau kita nak sentiasa awet muda , cantik jelita, First of all kena mantainkan kolagen dalam badan kita. 


Kolagen adalah protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara kasar, 33% dari protein dalam badan adalah protein kolagen, dan 75% kulit terdiri dari kolagen. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Dan bila umur kita menjangkau 25 tahun, purata kolagen akan berkurang adalah 1.5% tahun demi tahun.. Bila kolagen dah kurang tu yg korang nampak kedutan, jeragat bagai. Uwa~~


Bila jadi cenggini, ada plak kengkawan recommend Manja Kaseh. Selain supply kolagen, Manja kasih ni juga dapat membantu mak-mak dara ni persis anak dara kembali. Wah!! gitu kau..Yang penting selamat untuk mama-mama yang menyusukan anak-anak comel cam aku ni.. kah kah! Sila muntah hijau~


Dan yang paling penting, kawan aku tu dah pun mengamalkan minuman Manja Kaseh ni dan terbukti berkesan~ Bak kata orang serasi lah Manja Kaseh ni dengan body die!!Wah, jeles. Harus juga aku mencuba Manja Kaseh ni. btw, Aku pun dah order kat dia. x sabar nak gi amik n amalkan, kotlah cantik muda jelita persis Adira, gitu!! x pun Che Ta. ha ha. berangan x sudah! 


Eh, takkan aku je nak muda cantik jelita bagai kan, Encik suami pun haruslah hensem bergaya gagah perkasa. gitu~  aku orderkan sekali Arjuna kaseh untuk beliau. Lepas ni berlawan-lawan lah kita kembali muda persis dara dan teruna yerk! ha ha.Matik lagi!! 


Ok, itu pasal kolagen. Of course untuk dalaman kan.



Amik pic ni kat google. Minta izin share ya tuan tanah kedaung. hee


Untuk luaran kulit , aku survey punya survey dan atas cadangan kengkawan diorang recommend aku guna serum nutox . Tapi jodoh aku bukan dengan nutox sebab masa aku guardian, trial set untuk nutox nan hado~ bila terdesak macam ni aku pun google2 , bio essence pun one of best product. Sbb aku x jumpa testimoni yang x baik, so aku pun decide nak guna produk ni.


Honestly before ni aku mmg x pakai apa2 selain pencuci muka. Bila nak mekap, aku apply foundation tutup cacat cela bekas jerawat . Skg, mula lah gelabah. kah kah. Sepatutnya dari awal aku kena jaga tp sekarang baru ada kesedaran. Wallaweh!!!


So, result nya nanti aku buat entry baru plak ..


x sabar kan nak tau resultnya. ha ha 



Beli yg trial dulu~ Minta-minta lah serasi. Boleh la cantik jelita lepas ni. hee


Notakaki: KitaTakPernahTuaMelakukanDosa.Insaflah!

1 comment: