Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, January 28, 2015

Lelah yang berbaloi. Berhentilah merungut

Assalamualaikum

Hari ni da 23 Jan 2015 bermakna esok genap la adik Maira berusia 20 minggu dalam perut mama.
Alhamdulillah.

This week adalah sangat mencabar fizikal dan mental aku. Hakikatnya aku lelah dengan semua dugaan. Nikmat kesihatan yang ditarik seketika cuma, betul2 membuatkan emosi aku terganggu.

Rutin harian yang padat, betul2 menguji aku. Dan aku merungut, merungut , merungut itu, ini, itu dan ini. Lagi-lagi penat.Letih!! Ah~ persetan semua bisikan jahat!!

Yup! kesian orang sekeliling aku, especially Encik suami dan puteri kesayangan. Ye, maafkan syg.Maafkan mama T_T

Sejak kebelakangan ni, adik Maira semakin aktif bergerak. Ya Allah. Keterujaan tu sama seperti Maira yg bergerak dalam perut mama setahun yang lepas..

Lelah.Lelah.Lelah. Berhentilah merungut!!!!!

Dengan nikmat kebahagiaan yang dikecapi, Suami yang penyayang,zuriat yang comel , keluarga yang sentiasa di sisi dan bakal melahirkan seorang lagi umat Nabi Muhammad (In Sha Allah)

maka...

NIKMAT ALLAH YANG MANA SATUKAH INGIN KAMU DUSTAKAN???

Notakaki:Jikakitamemberikesenangankepadaoranglainkitajugakanmendapatkesenanganitu.




UNGKEP AYAM PEDAS VERSI SIMPLE

Assalamualaikum..

Masak-masak versi simple lagi..

Honestly i ols memang suka masak yg simple2 je...

Menu kali ini : UNGKEP AYAM VERSI PEDAS

Kenapa versi pedas?? sebab my mom selalu buat ungkep yg x pedas..

Lets :

Bahan untuk dikisar :


  • Bawang merah 5 ulas
  • Bawang putih setengah labu
  • Halia - 1 cm
  • Kunyit - 1 cm
  • Ketumbar - 2 sudu teh
  • Cili api - 10 biji
  • Dan satu cawan air
Serai - 3 btg dititik
Air asam jawa setengah cawan kecil
Kentang dipotong mengikut kreativiti
Dan Bahan utama: Ayam dipotong mengikut kehendak memasing (aku suka potong kecik2)

Cara :

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau 
  2. Masukkan ayam dan kentang godek-godek ratakan dengan bahan tumis tadi
  3. Masukkan serai dan air asam jawa
  4. biarkan sehingga mendidih.
  5. Dengan menggunakan api perlahan, keringkan sikit kuah ayam tersebut. ( Ni versi aku sendiri sbb aku kurang suka yg berkuah )
DAN INILAH HASILNYA!!!!

UNGKEP AYAM ...

Sekali makan licin semua.. First time masak ni, dan the best part is hubby sangat suka ^_______^ senyum sampai telinga 

Notakaki:cubamasakresipilainplakuntukperutsuamitercinta

Friday, January 2, 2015

Ketam masak lemak cili api simple & yummy ^___^




Assalamualaikum..
Entry masak - masak sempena cuti Tahun Baru..
Kalau last preggy , teringin makan ketam, sanggup ke RnR Awan Besar , cari ketam.. memang sedap sesuai dengan harga.. hehe

Preggy kali ni pun i ols teringin nak makan ketam, nk ke RnR Awan Besar lagi terasa jauh plak sejak berpindah ke Bumi Klang ni.

So, ajak hubby pergi econsave and rembat 2 ekor ketam. Cukuplah kan untuk mama ngan papa Maira je.. Maira mana boleh makan seafood lagi...

Menu yang simple je.. Sangat simple tapi serius sedap!!! ( erk~ puji masakan sendiri plak!!) 

Bahan2:
  • 2 ekor ketam , yang disiang dan diketuk2 serta dibelah dua oleh Encik suami
  • 10 batang cili api
  • 2cm kunyit hidup 
  • 2 batang serai yg diketuk
  • 5 ulas bawang merah. (ulas ke?? ) bolehlah...
  • setengah cawan air
  • santan (sebiji kelapa)
  • timun (dibuang kulitnya dan potong ikut kreativiti)
STEP:
  1. cuci bersih ketam 
  2. Blend cili api, kunyit hidup dan bawang dengan air
  3. Masukkan bahan yang diblend tadi dan serai kedalam periuk sehingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan ketam dan timun serta santan.
  5. Masak guna api sederhana kecil sehingga mendidih..
  6. DAN SIAP!!!!!
Simple kan?? Cubalah!!!
 





SELAMAT MENCUBA~

Notakakilentik: Puashatidapatmasaksendiriuntukfamily^____^