Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, June 19, 2015

PENGALAMAN BERSALIN DI COLUMBIA ASIA BUKIT RIMAU

Assalamualaikum ols~

Terasa nak buat review about pengalaman bersalin di Columbia Asia Bukit Rimau. Ini bukan sponsored entry ya..

Aku start refer hospital masa usia kandungan aku 37 minggu. Sebelum tu, aku dah google-google Dr O&G kat hospital situ then aku pilih Dr. Ainul Zahaniah. Sebab : Satu-satunya doktor O&G perempuan .  Aku siap ngintai facebook Dr Ainul ni lagi.. huhu.. nampak x betapa teknologi skg .. Segalanya di hujung jari.

For me, Dr Ainul ni sangat la best! Aku bg 10 bintang **********!!! She is very polite, lemah lembut dan aku suka cara dia consult patient dia.. Siap boleh ber wassup lagi in case kau ada apa-apa prob about kandungan kau. Dan xde satu wassup pun x berbalas. She will reply your wassup a.s.a.p..

Masa kat labor room, lama juga Dr Ainul ni tunggu aku. Banyak kata-kata positif masa nak meneran baby keluar. And nurse-nurse pun support baik punya!!

Oh ya!! Aku lupa plak pasal assistant Dr. Ainul, nama dia Sumathi. She also a nice person. Staff2 pun bagi layanan yang baik.

Aku amik dorm 4 orang sbb itu je mampu..kah kah kah.. sebenarnya itu je yg cover ... Bilik ok, walaupun satu bilik 4 orang tapi still ada privacy, toilet pun dekat dan bersih..

Makanan kat sini mmg dia akan sediakan menu dan kita boleh pilih nak makan apa. Either western, atau tekak melayu, sekadar roti pun ada.. pilih je. Sedap x sedap tu biasalah.. standard makanan hospital~

Kesimpulan nya :

Aku berpuas hati sangat dengan servis dari Doktor ngan Nurse-nurse kat situ. Tapi bab yang aku x suka nya .... adalah sangat lama menunggu GL!! uwa... boleh menangis tahu!!

Sekian entry dari Mama Qaira & Maira.

5 comments:

  1. Assalamualaikum awak..salam kenai..doktor ainul ni memang baik kan...hihi..
    boleh share berapa kos bersalin kt CAHBR ni x...kita ingat nak bersalin kat sini jugak..tp due awal tahun depan...sekarang ni cek up kt situ..nurse Sumathi tu pon mmg sgt baik..best la suma orang kat sana.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... wah.. amik masa setahun untuk reply .. nangis!! cik mai pun mesti da bersalin kan... Sorry....baru perasan ada komen..

      Delete
  2. Salam.Dr ainul mmg seorg yg sgt2 baik dan lemah lembut.mulai bln september 2015,Dr ainul akan berpindah ke CAHPJ.memandangkan CAHPJ hosp yg baru buka,sy cadangkan puan pergi ke sana sebab ada harga promosi untuk bersalin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. In Sha Allah..Niat di hati mmg nak guna khidmat Dr. Ainul lagi untuk next kelahiran ni tp Klang ke PJ, Jauh juga tu~

      Delete
  3. Hihi @saidatul saya dah selamat bersalin Januari aritu..bersalin dengan Doc Shahrina.. Alhamduliilah sangat berpuas hati dengan servis fi Hospital Columbia Bukit Rimau.

    ReplyDelete