Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, March 6, 2014

^__^

Assalamualaikum.

Alhamdulillah berkesempatan lagi untuk berkongsi. Berkongsi apa yang ada di muka bumi Allah ini.

Ya. Sebenarnya x tau nak masukkan entry apa pun. Tapi mood nak update blog seperti membuak2 ingin meluahkan segala hasrat di hati. Ok Ayat skema .

Oh, kerinduan apakah yang sedang bersarang dalam hati. Rindu semua orang. Rindu-serindu rindunya. Ya Allah perasaan indah apakah ini.. Alhamdulillah masih punyai secebis perasaan dan ruang dalam hati yang kotor ini.

Tatkala sedang mentarbiyah diri sndiri, minda membisikkan rasa kesyukuran. Kesyukuran yang teramat atas pinjaman yang sementara dari Allah tetapi cukup sempurna untuk insan yang lemah seperti aku ini.

Keluarga yang tersayang. Keluarga mertua yang dicintai , yang sentiasa di hati dan sentiasa dalam bisikkan doa.Inilah insan-insan yang tak pernah putus kasih sayang. Inilah pinjaman Allah yang paling mahal. Tanpa perlu aku membayar semua kasih sayang mereka sekali  pun , mereka masih mampu memberi kasih sayang yang sempurna. Ya Allah betapa indahnya kasih sayang ini. (Lap air mata)

Suami dan Humaira yang sentiasa dicintai. Tidak pernah sekalipun walau sesaat ada perasaan benci dalam hati ini untuk mereka. Ya, sangat unik perasaan yang telah dipinjamkan oleh Allah. Andai suatu hari nanti perasaan ini ditarik, Oh, aku x dapat nak membayangkan semua itu. Tak Sanggup!! Allah meminjamkan insan-insan yang teristimewa untuk aku. Ya aku akui mereka adalah milik Allah. Terima kasih kerana menghantar insan-insan yang melengkapkan kehidupanku untuk aku terus berdakwah di jalan mu Ya Allah.

Kawan-kawan yang sentiasa di hati. Mungkin korang menganggap aku ni macam biskut kan?? heee sekejap ada sekejap xda. Maaflah... Sejujurnya aku amat merindui gelak tawa bersama. Ya, aku sangat-sangat rindu semua itu. Alhamdulillah ingatan yang dipinjamkan ini masih mampu menyimpan memori kita bersama. Memori yang kengkadang membuatkan aku tersenyum sendirian, ketawa berseorangan dan mengalirkan air mata atas kerinduan. Korang memang the best!! Selalu ingatkan aku tanggungjawab aku sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.  Aku harap kasih sayang yang tercipta ini akan sentiasa tersemat rapi. Sayang korang kerana Allah.

Ini semua nikmat yang Allah berikan kepada kita semua,dan aku percaya bukan aku saja yang sedang merasai perasaan seperti ini. Perasaan yang penuh emosi. Perasaan yang tak dapat diluahkan , yang x dapat diungkap dengan kata-kata, yang x dapat dibeli di mana-mana. Bersyukurlah kita atas pinjaman nikmat yang Allah berikan ini. ALHAMDULILLAH. Maka nya, " NIKMAT ALLAH YANG MANA SATUKAH YANG INGIN KAMU DUSTAKAN ? "

ok, dah habis lunch hour. Mari bekerja semula ^__^




No comments:

Post a Comment