Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, January 28, 2015

Lelah yang berbaloi. Berhentilah merungut

Assalamualaikum

Hari ni da 23 Jan 2015 bermakna esok genap la adik Maira berusia 20 minggu dalam perut mama.
Alhamdulillah.

This week adalah sangat mencabar fizikal dan mental aku. Hakikatnya aku lelah dengan semua dugaan. Nikmat kesihatan yang ditarik seketika cuma, betul2 membuatkan emosi aku terganggu.

Rutin harian yang padat, betul2 menguji aku. Dan aku merungut, merungut , merungut itu, ini, itu dan ini. Lagi-lagi penat.Letih!! Ah~ persetan semua bisikan jahat!!

Yup! kesian orang sekeliling aku, especially Encik suami dan puteri kesayangan. Ye, maafkan syg.Maafkan mama T_T

Sejak kebelakangan ni, adik Maira semakin aktif bergerak. Ya Allah. Keterujaan tu sama seperti Maira yg bergerak dalam perut mama setahun yang lepas..

Lelah.Lelah.Lelah. Berhentilah merungut!!!!!

Dengan nikmat kebahagiaan yang dikecapi, Suami yang penyayang,zuriat yang comel , keluarga yang sentiasa di sisi dan bakal melahirkan seorang lagi umat Nabi Muhammad (In Sha Allah)

maka...

NIKMAT ALLAH YANG MANA SATUKAH INGIN KAMU DUSTAKAN???

Notakaki:Jikakitamemberikesenangankepadaoranglainkitajugakanmendapatkesenanganitu.




UNGKEP AYAM PEDAS VERSI SIMPLE

Assalamualaikum..

Masak-masak versi simple lagi..

Honestly i ols memang suka masak yg simple2 je...

Menu kali ini : UNGKEP AYAM VERSI PEDAS

Kenapa versi pedas?? sebab my mom selalu buat ungkep yg x pedas..

Lets :

Bahan untuk dikisar :


  • Bawang merah 5 ulas
  • Bawang putih setengah labu
  • Halia - 1 cm
  • Kunyit - 1 cm
  • Ketumbar - 2 sudu teh
  • Cili api - 10 biji
  • Dan satu cawan air
Serai - 3 btg dititik
Air asam jawa setengah cawan kecil
Kentang dipotong mengikut kreativiti
Dan Bahan utama: Ayam dipotong mengikut kehendak memasing (aku suka potong kecik2)

Cara :

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau 
  2. Masukkan ayam dan kentang godek-godek ratakan dengan bahan tumis tadi
  3. Masukkan serai dan air asam jawa
  4. biarkan sehingga mendidih.
  5. Dengan menggunakan api perlahan, keringkan sikit kuah ayam tersebut. ( Ni versi aku sendiri sbb aku kurang suka yg berkuah )
DAN INILAH HASILNYA!!!!

UNGKEP AYAM ...

Sekali makan licin semua.. First time masak ni, dan the best part is hubby sangat suka ^_______^ senyum sampai telinga 

Notakaki:cubamasakresipilainplakuntukperutsuamitercinta

Friday, January 2, 2015

Ketam masak lemak cili api simple & yummy ^___^




Assalamualaikum..
Entry masak - masak sempena cuti Tahun Baru..
Kalau last preggy , teringin makan ketam, sanggup ke RnR Awan Besar , cari ketam.. memang sedap sesuai dengan harga.. hehe

Preggy kali ni pun i ols teringin nak makan ketam, nk ke RnR Awan Besar lagi terasa jauh plak sejak berpindah ke Bumi Klang ni.

So, ajak hubby pergi econsave and rembat 2 ekor ketam. Cukuplah kan untuk mama ngan papa Maira je.. Maira mana boleh makan seafood lagi...

Menu yang simple je.. Sangat simple tapi serius sedap!!! ( erk~ puji masakan sendiri plak!!) 

Bahan2:
  • 2 ekor ketam , yang disiang dan diketuk2 serta dibelah dua oleh Encik suami
  • 10 batang cili api
  • 2cm kunyit hidup 
  • 2 batang serai yg diketuk
  • 5 ulas bawang merah. (ulas ke?? ) bolehlah...
  • setengah cawan air
  • santan (sebiji kelapa)
  • timun (dibuang kulitnya dan potong ikut kreativiti)
STEP:
  1. cuci bersih ketam 
  2. Blend cili api, kunyit hidup dan bawang dengan air
  3. Masukkan bahan yang diblend tadi dan serai kedalam periuk sehingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan ketam dan timun serta santan.
  5. Masak guna api sederhana kecil sehingga mendidih..
  6. DAN SIAP!!!!!
Simple kan?? Cubalah!!!
 





SELAMAT MENCUBA~

Notakakilentik: Puashatidapatmasaksendiriuntukfamily^____^

Friday, December 26, 2014

2nd Anniversary @ 22.12.2014

Assalamualaikum..
Nampaknya hari ni da 26hb. 12 .. Sepatutnya entry ni untuk 22.12. Lewat 4 hari sudah~

Officially genap 2 tahun menjadi permaisuri hidup Encik Suami dan Setahun sebulan menjadi mama kepada Puteri Pipi Merah.. Alhamdulillah, perancangan yang cantik dari Allah..

Now, adik Maira dalam perut sudah pun berusia 4 bulan, Lagi 5 bulan, akan lahirlah seorang lagi umat Nabi Muhammad..In Shaa Allah.

Kalau Encik suami ada jalan-jalan kat blog ni , Just wanna to wish


  • Happy Anniversary 
  • Terima kasih untuk segalanya, 
  • Terima kasih atas kenangan yang terindah
  • Terima kasih merealisasikan impian isteri abg yg cerewet ni
  • Terima kasih banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk Mama dan Maira
  • Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih untuk semuanya..
Ayat selalu yg syg bgtau abg : NO WORDS CAN DESCRIBE HOW MUCH ______________ . Selalu abg akan sambung sendiri ayat ni kan...

Also nak minta maaf kalau selama kita hidup bersama ni syg ada terkasar bahasa atau perbuatan kat abg. Mohon maaf dr hati yang murni ini~



Okay, readers yg nak muntah , sila abaikan ayat kejiwangan di atas ya~heeeee..

Itu pun kalau Encik suami melawat blog usang ni. Maklumlah update nya setahun berapa kali je....
haha~gelak jahat.

Wassalam.

NotakakiPalsu: NOWORDSCANDESCRIBEHOWMUCHiLOVEu~

Puteri Pipi Merah




Pizza Homemade Simple Tapi Sedap


Assalamualaikum
Entry berbaur kemalasan di pagi hari. Sudah tengahari okay~
Semalam cuti Krismas terasa macam nak menyepahkan dapur rumah..haha
Btw, ujan2 ni tahap kemalasan adalah berganda .
Nak keluar rumah pun malas nak cari barang basah buat masak-masak.
Jadinya terhasil lah Pizza homemade MamaMaira ini.. 
Serius Simple Tapi Sedap!!!

Jom kita terjah cara nak buat Pizza malas ini..

Bahan-Bahan :
Roti gardenia- buat bulat bagi nampak real cam Pizza betul
sos cili
mentega
mayonis
tomato - dihiris nipis
sosej - direbus dan dihiris nipis
kurma - dihiris nipis
keju tabur..

1. Mula-mula bulatkan roti, yg ni aku guna penutup tupperware je,, 
2. sapu nipis mentega
3. sapu sos ratakan atas roti
4. susun sosej , tomato n kurma ikut kreativiti
5. letak sos lagi skali beserta mayonis
6. taburkan keju






ni pizza sblum dimasak ^__^ gini ler ghupe nya~


Yg ni versi Maira punya, bezanya x letak sos ngan mayonis tp ambah telur hancur kat atas pizza tu.
Nampaknya Maira belum pandai makan lagi sbb Maira juz makan yg bahagian atas je. 
Rotinya Papa Maira yg ngap~


Aku buat 7 keping je.. which is 1 adalah Maira punya. Aku makan satu pun dah kenyang. The rest Papa Maira yg habiskan. Paksaan dari Mama Maira.. heeee Next time dah tau la x yah buat byk2 coz makan satu pun dah kenyang...


Yang ni da siap dibakar~ Dah tinggal sekeping baru ingat nak snap pic.. hahaha...
Alhamdulillah. kenyang. Rezeki dari Allah.

Thursday, November 20, 2014

Maira turn1

Assalamualaikum~

Alhamdulillah Maira already 1 year old pada 5/11 hari tu.. Nampak x perbezaan tarikh yang ketara . Nampak x kebusy an mama Maira. haha Alasan~

Dah lama x berceloteh pasal anak dara sorang ni,
Now dah pandai berjalan, walaupun jalan jatuh jalan jatuh but she x pernah give up . Setiap kali jatuh Maira akan bangun sendiri dan Maira tak menangis langsung!! She is so clever!!!

Makan pun aku da bagi nasi2 lembik , plus lauk2 kedewasaan . xde ler aku bg sambal belacan ke apa, maksud aku lauk2 untuk kekitaan yang berusia ni. haha.

Rambut pun dah semakin panjang , kalau x kerinting tu mesti dah cecah bahu. Takpe lah nak, kerinting comel !!!

Setiap pagi setiap kali aku bangun tidur , first thing yg aku buat , aku akan cium pipi Maira~ Still bau baby macam mula2 aku cium Maira  lepas je Maira keluar dari perut aku. wangi sgt!!

Setiap malam pun kalau Maira x merengek atau bangun tengah tidur, aku tetap akan bangun 2 jam sekali untuk tengok2 Maira. Takut juga kalau dia sejuk atau posisi tidur Maira x sesuai.. Tapi perkara biasa la kalau budak Maira ni, aku bangun je dia dah kat hujung katil , x pun dah menyeberang katil dia menumpang katil papamama. haha. so funny but cute. Awak tu baru setahun nak, tapi tidurnya dah merata. Kengkadang x nak kacau tidur Maira, aku mengalah tidur  menyempit di hujung katil. Berbahagialah Maira tidur di bawah ketiak papa dia~

Haha~ seronok juga kengkadang tu..

Bab berceloteh pun dah laju sgt~ tetetetetetete itu lah kalau membebel. comel sgt. word yg dah pandai, sure2 la mamamamama.. papa dia pun dia panggil mama. nenek ngan atuk pun sama.. mama..

Panjat-panjat pun da pandai.. punggah-punggah pun.. tolong kemas pun~

serba pandai Maira skg.

Ok lah. setakat ini dulu. Suka buat cerita tergantung kan? Sory dah kehabisan idea~

Sehingga jumpa lagi^____^
Nota kaki tingi : Berdoa dan terus berdoa~

Wednesday, November 19, 2014

Wishlist ~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menaip dan terus menaip di blog yang hampir berhabuk .
Untuk ke sekian kali nya ingin berbicara tentang whislist:
Terlalu banyak wishlist aku ni sampai aku rasa mungkin tidak tercapai dek akal warasku. Mungkin.
Mana tahu kalau bulan jatuh ke riba~~ wa!!! rezeki melantun2.. Amin... ini juga satu doakan..

Dari makanan yang aku teringin sampai ke handbag sampai ke baju , cardigan bagai!! Ah ini bukan lagi pembawakan baby comel yang sedang berzikir di di dalam perut mama.

But seriously, 2-3 weeks ni banyak yang aku teringin. itu ini.. tgok orang post pic makanan, boleh kecur air liur. Sehinggakan orang post pic baju pun aku teringin ~ perlu segera dapatkan.. Konon nya.

Sekian saja~ apa yang di wishlist kan biar lah rahsia~ Kang aku bagitau kat sini ramai plak volunteer nak belanja. Eh!! ada ke?? haha .

Apa pun keperluan Maira is a first . second. Third.. dan bakinya kalau ada bajet untuk mama Maira, akan diusahakn untuk memenuhi wishlist yang kian bertambah dari hari ke hari~

K.sehingga ketemu lagi.



Nota kaki cantik : Apa pun yang diharapkan semoga ianya dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan semua~