Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, January 2, 2015

Ketam masak lemak cili api simple & yummy ^___^




Assalamualaikum..
Entry masak - masak sempena cuti Tahun Baru..
Kalau last preggy , teringin makan ketam, sanggup ke RnR Awan Besar , cari ketam.. memang sedap sesuai dengan harga.. hehe

Preggy kali ni pun i ols teringin nak makan ketam, nk ke RnR Awan Besar lagi terasa jauh plak sejak berpindah ke Bumi Klang ni.

So, ajak hubby pergi econsave and rembat 2 ekor ketam. Cukuplah kan untuk mama ngan papa Maira je.. Maira mana boleh makan seafood lagi...

Menu yang simple je.. Sangat simple tapi serius sedap!!! ( erk~ puji masakan sendiri plak!!) 

Bahan2:
  • 2 ekor ketam , yang disiang dan diketuk2 serta dibelah dua oleh Encik suami
  • 10 batang cili api
  • 2cm kunyit hidup 
  • 2 batang serai yg diketuk
  • 5 ulas bawang merah. (ulas ke?? ) bolehlah...
  • setengah cawan air
  • santan (sebiji kelapa)
  • timun (dibuang kulitnya dan potong ikut kreativiti)
STEP:
  1. cuci bersih ketam 
  2. Blend cili api, kunyit hidup dan bawang dengan air
  3. Masukkan bahan yang diblend tadi dan serai kedalam periuk sehingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan ketam dan timun serta santan.
  5. Masak guna api sederhana kecil sehingga mendidih..
  6. DAN SIAP!!!!!
Simple kan?? Cubalah!!!
 





SELAMAT MENCUBA~

Notakakilentik: Puashatidapatmasaksendiriuntukfamily^____^

No comments:

Post a Comment