Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, December 26, 2014

2nd Anniversary @ 22.12.2014

Assalamualaikum..
Nampaknya hari ni da 26hb. 12 .. Sepatutnya entry ni untuk 22.12. Lewat 4 hari sudah~

Officially genap 2 tahun menjadi permaisuri hidup Encik Suami dan Setahun sebulan menjadi mama kepada Puteri Pipi Merah.. Alhamdulillah, perancangan yang cantik dari Allah..

Now, adik Maira dalam perut sudah pun berusia 4 bulan, Lagi 5 bulan, akan lahirlah seorang lagi umat Nabi Muhammad..In Shaa Allah.

Kalau Encik suami ada jalan-jalan kat blog ni , Just wanna to wish


  • Happy Anniversary 
  • Terima kasih untuk segalanya, 
  • Terima kasih atas kenangan yang terindah
  • Terima kasih merealisasikan impian isteri abg yg cerewet ni
  • Terima kasih banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk Mama dan Maira
  • Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih untuk semuanya..
Ayat selalu yg syg bgtau abg : NO WORDS CAN DESCRIBE HOW MUCH ______________ . Selalu abg akan sambung sendiri ayat ni kan...

Also nak minta maaf kalau selama kita hidup bersama ni syg ada terkasar bahasa atau perbuatan kat abg. Mohon maaf dr hati yang murni ini~



Okay, readers yg nak muntah , sila abaikan ayat kejiwangan di atas ya~heeeee..

Itu pun kalau Encik suami melawat blog usang ni. Maklumlah update nya setahun berapa kali je....
haha~gelak jahat.

Wassalam.

NotakakiPalsu: NOWORDSCANDESCRIBEHOWMUCHiLOVEu~

Puteri Pipi Merah




Pizza Homemade Simple Tapi Sedap


Assalamualaikum
Entry berbaur kemalasan di pagi hari. Sudah tengahari okay~
Semalam cuti Krismas terasa macam nak menyepahkan dapur rumah..haha
Btw, ujan2 ni tahap kemalasan adalah berganda .
Nak keluar rumah pun malas nak cari barang basah buat masak-masak.
Jadinya terhasil lah Pizza homemade MamaMaira ini.. 
Serius Simple Tapi Sedap!!!

Jom kita terjah cara nak buat Pizza malas ini..

Bahan-Bahan :
Roti gardenia- buat bulat bagi nampak real cam Pizza betul
sos cili
mentega
mayonis
tomato - dihiris nipis
sosej - direbus dan dihiris nipis
kurma - dihiris nipis
keju tabur..

1. Mula-mula bulatkan roti, yg ni aku guna penutup tupperware je,, 
2. sapu nipis mentega
3. sapu sos ratakan atas roti
4. susun sosej , tomato n kurma ikut kreativiti
5. letak sos lagi skali beserta mayonis
6. taburkan keju






ni pizza sblum dimasak ^__^ gini ler ghupe nya~


Yg ni versi Maira punya, bezanya x letak sos ngan mayonis tp ambah telur hancur kat atas pizza tu.
Nampaknya Maira belum pandai makan lagi sbb Maira juz makan yg bahagian atas je. 
Rotinya Papa Maira yg ngap~


Aku buat 7 keping je.. which is 1 adalah Maira punya. Aku makan satu pun dah kenyang. The rest Papa Maira yg habiskan. Paksaan dari Mama Maira.. heeee Next time dah tau la x yah buat byk2 coz makan satu pun dah kenyang...


Yang ni da siap dibakar~ Dah tinggal sekeping baru ingat nak snap pic.. hahaha...
Alhamdulillah. kenyang. Rezeki dari Allah.

Thursday, November 20, 2014

Maira turn1

Assalamualaikum~

Alhamdulillah Maira already 1 year old pada 5/11 hari tu.. Nampak x perbezaan tarikh yang ketara . Nampak x kebusy an mama Maira. haha Alasan~

Dah lama x berceloteh pasal anak dara sorang ni,
Now dah pandai berjalan, walaupun jalan jatuh jalan jatuh but she x pernah give up . Setiap kali jatuh Maira akan bangun sendiri dan Maira tak menangis langsung!! She is so clever!!!

Makan pun aku da bagi nasi2 lembik , plus lauk2 kedewasaan . xde ler aku bg sambal belacan ke apa, maksud aku lauk2 untuk kekitaan yang berusia ni. haha.

Rambut pun dah semakin panjang , kalau x kerinting tu mesti dah cecah bahu. Takpe lah nak, kerinting comel !!!

Setiap pagi setiap kali aku bangun tidur , first thing yg aku buat , aku akan cium pipi Maira~ Still bau baby macam mula2 aku cium Maira  lepas je Maira keluar dari perut aku. wangi sgt!!

Setiap malam pun kalau Maira x merengek atau bangun tengah tidur, aku tetap akan bangun 2 jam sekali untuk tengok2 Maira. Takut juga kalau dia sejuk atau posisi tidur Maira x sesuai.. Tapi perkara biasa la kalau budak Maira ni, aku bangun je dia dah kat hujung katil , x pun dah menyeberang katil dia menumpang katil papamama. haha. so funny but cute. Awak tu baru setahun nak, tapi tidurnya dah merata. Kengkadang x nak kacau tidur Maira, aku mengalah tidur  menyempit di hujung katil. Berbahagialah Maira tidur di bawah ketiak papa dia~

Haha~ seronok juga kengkadang tu..

Bab berceloteh pun dah laju sgt~ tetetetetetete itu lah kalau membebel. comel sgt. word yg dah pandai, sure2 la mamamamama.. papa dia pun dia panggil mama. nenek ngan atuk pun sama.. mama..

Panjat-panjat pun da pandai.. punggah-punggah pun.. tolong kemas pun~

serba pandai Maira skg.

Ok lah. setakat ini dulu. Suka buat cerita tergantung kan? Sory dah kehabisan idea~

Sehingga jumpa lagi^____^
Nota kaki tingi : Berdoa dan terus berdoa~

Wednesday, November 19, 2014

Wishlist ~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menaip dan terus menaip di blog yang hampir berhabuk .
Untuk ke sekian kali nya ingin berbicara tentang whislist:
Terlalu banyak wishlist aku ni sampai aku rasa mungkin tidak tercapai dek akal warasku. Mungkin.
Mana tahu kalau bulan jatuh ke riba~~ wa!!! rezeki melantun2.. Amin... ini juga satu doakan..

Dari makanan yang aku teringin sampai ke handbag sampai ke baju , cardigan bagai!! Ah ini bukan lagi pembawakan baby comel yang sedang berzikir di di dalam perut mama.

But seriously, 2-3 weeks ni banyak yang aku teringin. itu ini.. tgok orang post pic makanan, boleh kecur air liur. Sehinggakan orang post pic baju pun aku teringin ~ perlu segera dapatkan.. Konon nya.

Sekian saja~ apa yang di wishlist kan biar lah rahsia~ Kang aku bagitau kat sini ramai plak volunteer nak belanja. Eh!! ada ke?? haha .

Apa pun keperluan Maira is a first . second. Third.. dan bakinya kalau ada bajet untuk mama Maira, akan diusahakn untuk memenuhi wishlist yang kian bertambah dari hari ke hari~

K.sehingga ketemu lagi.



Nota kaki cantik : Apa pun yang diharapkan semoga ianya dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan semua~

Friday, October 31, 2014

Perjalanan kini diteruskan

Assalamualaikum..

Sejarah lama berulang kembali
Ya, Alhamdulillah Maira bakal jadi kakak
Untuk pregnancy kali ni,
Memang betul2 lain dari ngandungkan Maira dulu.
Mungkinkah baby boy???
Hanya Allah yang tahu

Now my pregnancy almost 7 weeks
Terlalu awal lagi dan aku harus pandai menjaga diri
Manakan tidak selalu jalan sampai lupa diri
Lepastu tersadung kaki marahkan kasut
Walhal tahu kasut tidak bersalah. ha ha ha

Beberapa hari lepas aku jatuh tertonggeng di Econsave
Biarpun tertonggeng still control ayu gitu
Malu menutupi kesakitan ~
Marahkan jalan.
Jalan yang tetap disitu. Tidak pernah berganjak!

Ok sampai sini dulu sebab rasa dah lama x update blog.
Update sikit pun jadi lah kan~
Dari dibiarkan bersawang!


Thursday, August 28, 2014

Friday, August 22, 2014

Apakah kau rasa apa yang aku rasa?

Assalamualaikum~

Sunyi
Sepi
menyelubungi hari ku ini.

Hari ini tanggal 22 Ogos / 26 Syawal .
Penantian yang ditunggu-tunggu. Penantian yang memaksa semua orang untuk tabah dan kuat.
Ya~
Dan aku sendiri tidak kuat.
Hening pagi, walau terasa kedamaiannya namum hati aku tetap seperti merintih kesedihan.
Aku terasa seolah-olah kosong.
Jiwa aku kosong.
Sambil memandu aku on radio Hot.fm. Alunan surah yassin sedang berkumandang.
Dan aku mengharapkan ketenangan untuk aku meneruskan perjalanan.
Namun air mata mengalir dalam diam.

Sakit
Perit
Pedih
Semua ini harus ditelan
Tidak terdaya untuk mendengar tentang berita itu lagi.
Tapi akal warasku memaksa.
Untuk aku terus mengambil tahu tentang perjalanan sebuah kehidupan
Dan menangis lagi dalam diam~

Ku sangka aku akan dapat menahan sebak ini
Tapi ternyata ia nya bukan semudah yang aku jangka
Ku lihat tangisan seorang isteri yang kehilangan suami
Ku lihat tangisan seorang anak yang kehilangan ayah
Ku lihat tangisan seorang ibu  yang kehilangan anak
Dan ku lihat wajah seorang bapa menahan tangisan kerana kehilangan anak nya
Dan..
Aku x sanggup melihat ini, ini dan ini lagi.
Off line........

Dan tidak sampai 5 minit aku online kembali
Hati mendesak untuk terus mengetahui perkara ini lagi

Aku doakan semoga semua ahli keluarga terus tabah dan kuat
Inilah dugaan Allah kepada kita
Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan
Kerana kita mampu untuk menghadapinya
Kita diuji sedemikian~

Mungkin sukar untuk menerima
Tetapi percayalah
Setiap yang hidup pasti akan pergi jua
Cepat dan lambat sebagai penentunya.

Al-Fatihah~
Remembering MH17

Tenanglah dikau disana~


Anak kepada Allahyarhamah Mastura Mustaffa menangis di sisi jenazah ibu nya.


Tangisan seorang isteri yang kehilangan suami







Thursday, May 29, 2014

AKU MASIH INGAT ITU

Aku masih ingat itu..
ITU dulu-dulu ketika aku masih kanak-kanak
Mestilah keanak-anakan ye dok~
Mungkin kemengada-ngadaan (ada ke perkataan ni dalam kamus ) haha

Aku masih ingat aku pernah jatuh longkang sehingga tangan ku terpeleot~apakah? mungkin terseliuh
Waktu tu umur aku mungkin 3 tahun atau mungkin 4 tahun..
Hidup di berek tentera kuching Sarawak~

Aku masih ingat, aku dan abg aku terjun dari berek tingkat 1,
Kalau ikut akal logik,  memang hebat kami berdua
tinggi tu~
Sebab bila dah dewasa nak lompat tangga pun jadi kecut.takut.
Baru ku tahu nakal nya aku!

Aku masih ingat aku berebut nak mandi dengan abangku
Mak abah memarahi aku
Wah bersungguh aku menangis
Dan bila mak abah suruh berhenti nangis
Aku menjawab " nangis ni x nak berhenti . dah tak boleh berhenti ".
Hahah Baru ku tahu lucunya aku

Aku masih ingat semasa usiaku 4 tahun
Aku terlihat wajah insan kesayangan dalam kesakitan
Masih jelas di ingatanku
mak menahan sakit bersalin adikku Mohammad Khairul Nizam
Dan aku masih ingat ambulans membawa mak pergi hospital
adik aku Mohammad Aizuddin plak menangis nak ikut..
Ya, masih segar di ingatan aku semua itu....

Aku masih ingat jiran aku meninggal
Dua orang polis datang rumah jiran aku Cik Ana
Memaklumkan suami beliau meninggal dalam kemalangan
Masih terngiang-ngiang esak nangis nya
Menahan sedih dan mencari kekuatan~

Aku masih ingat sewaktu abah aku ditukar penempatan ke Semenanjung
Kami sekeluarga menaiki helikopter
Aku memnaggilnya helikopter hidung
Dan aku masih ingat aku bertanya kan mak aku
" Kenapa telinga aku berdengung ?"
Dan kini aku sudah tahu jawapannya....

Aku masih ingat saat-saat abah aku dihantar ke Bosnia
Dan aku juga masih ingat saat-saat abah aku balik ke Malaysia
Abah belikan set permainan, abah belikan barang mekap , abah belikan strawberi
Untuk aku yang berumur 7 tahun
Dan abah belikan baju skirt kuning KIKO
Dan aku masih ingat muka gembira mak ^_____^

Aku masih ingat abah akan tinggalkan soalan matematik sebelum abah pergi kerja
Aku masih ingat abah buatkan gam guna tepung ubi
Aku masih ingat abah hantar pergi sekolah walaupun aku dah terlambat
Aku masih ingat abah membawa aku berjalan-jalan naik moto hijau setiap petang
Aku masih ingat semua itu~

Aku masih ingat aku nak jadi orang gaji,
habis-habisan dimarahi ,
Kalau nak jadi orang gaji jangan sekolah!! itu kata busu aku
Tapi sebenarnya aku nak jadi orang yang bagi gaji
Masa tu kan aku masih budak-budak
Cakap pun salah-salah lagi..
Haha aku masih ingat itu
Kelakar nya aku~

Aku sengaja coret semua kenangan zaman kanak-kanak aku kat blog ni
Aku takut nanti aku tak ingat semua kenangan-kenangan ini lagi
Mungkin bila aku sudah tiada atau tak sempat berkongsi cerita ini dengan anak cucu aku
Blog ini akan menjadi sebahagian diari hidup aku..
Cerita dulu-dulu~




Monday, May 19, 2014

PERKONGSIAN BERMAKNA

Assalamualaikum

Semoga diberi kesihatan yang baik. In Sha Allah

PERKONGSIAN BERMAKNA untuk mommies, yg bukan mommies pun boleh ^__^.

Pernah dengar pasal TROPIKA HERBAL CREAM? This entry for some testimoni from my experience.

Sebelum tu....
Pic ehsan Pak Cik Google


Entry untuk memfamouskan Krim telon herba~ 

Perkongsian yang tidak berbayar. Free. Ikhlas dari hati gitu. haha.Poyos kau jah!!

Ok, straight to the point:
Krim ni aku selalu gunakan kat Maira.
Since Maira batuk yang agak lama hari tu, banyak alternatif yang aku dah cuba.
Siap sedut kahak bagai kat klinik.

Alhamdulillah ada member kepada hubby perkenalkan krim ni.
Aku just sapu kat dada Maira, belakang Maira. Dengan izin Allah, Maira sembuh.
Bersyukur sangat~ 
Alhamdulillah

Selain tu aku juga gunakan krim ni bila Maira sembelit.
Maklumlah Maira kan dah makan makanan pejal skg, so kadang2 aku terbancuh nestum terpekat la~boleh gitu .. 

Jadinya kalau Maira sembelit, aku sapu kat perut Maira + urut2 sikit.
Then she akan poo poo seperti biasa.

Kalau cirit-birit pun aku letak juga kat perut Maira.
Alhamdulillah, cirit-birit tu berkurang dan poo poo seperti biasa jugak.

So, aku recommend kat kawan-kawan untuk guna krim ni . Tak mahal pun, aku beli RM37.00. 
But aku tgok online RM39,90 + postage RM6.
Still murah lagi untuk kita laburkan demi kesihatan anak-anak kita.

Sorry, aku just recommend , aku x menjual ya~

Salam kasih sayang.

Jumpa lagi lain entry.

notakaki: Kitatakakanberhentimencariyangterbaikuntukanakkita



Monday, May 12, 2014

Maira is 6 month already ^__^

 Assalamualaikum.

For this entry just wanna to share about Maira.
Ya, she already 6 month.
now da pandai bersembang lebat like her papa..
She love to smile.hug and kiss.
Very peramah and ceria.
Our Princess Maira. Dah nampak gigi sebatang ^__^ 

Da 6 bulan ni barulah perasan yang Maira ni ikut mama ke papa ke..Kalau main2 tu mestilah more than her papa. Then bila nak tidur of course lah her mama.. hug mama.hug hug. so cute^__^

Papa Maira yang rajin melayan Maira bersembang + Main. Good papa. Lebiyu
Apa yg you all perasan persamaan kami??
Our cute smile.. hahahah... 
Gila perasan!!!
Kalau korang perasan, mata kami agak-agak sepet gitu bila senyum.
PERASAN X??
hee ^__^

Sekian entry kali ini.

#senyumseindahsuria





Wednesday, April 30, 2014

Officially 25 @ 9.00a.m

Assalamualaikum readers and sleep readers~ Bajet ada orang nak baca blog kau sgt kan.

Today is 30 April 2014
and
Today is my birthday~
Happy birthday to me^__^
Teringat mak di rumah-pengorbanan mak melahirkan gadis comel ini.(COMEL  LA SANGAT)
Dan kerana itu juga teringatkan kesakitan bersalin kan Maira. My little cute princess ever. Over kau. haha

Nothing to share about my B-Day. Seperti biasa, Biasa-biasa aja! xde yg special pun.
Just very2 bersyukur dengan kehidupan yang terindah .Yup, all from Allah swt.
Yang manis itu indah dan yang pahit itu juga indah~
Oh ya! hubby ajak makan2 kat luar esok. Then ask him Wanna celebrate my birthday? Wah ! Touching my heart.(cakap dalam hati)
Then he reply, Eh taklah! my friend ajak makan2.
So so so so sosssssss. No word to say.
See, dah kata dah hari yang biasa-biasa aja!!

So untuk appreciate , I go down and buy some ice-cream tutti fruitti and cadbury roast almond.
Reward myself~

So, for all yang baca entry ni,
Tak nak minta hadiah gedabak mana pun
Just pray for my healthy and my happiness hereafter.
Ya, hereafter~
Amin..

::::::Actually Encik Suami dah belikan segala bagai apa yang aku nak::: :::
Smile.Smile.Smile.
Love
Alhamdulillah

Notakakipalsu:SegeraPerluBuatPegnancyTest.MungkinItuAdalahHadiahTerindahDariAllah.InShaAllah.

Thursday, March 6, 2014

^__^

Assalamualaikum.

Alhamdulillah berkesempatan lagi untuk berkongsi. Berkongsi apa yang ada di muka bumi Allah ini.

Ya. Sebenarnya x tau nak masukkan entry apa pun. Tapi mood nak update blog seperti membuak2 ingin meluahkan segala hasrat di hati. Ok Ayat skema .

Oh, kerinduan apakah yang sedang bersarang dalam hati. Rindu semua orang. Rindu-serindu rindunya. Ya Allah perasaan indah apakah ini.. Alhamdulillah masih punyai secebis perasaan dan ruang dalam hati yang kotor ini.

Tatkala sedang mentarbiyah diri sndiri, minda membisikkan rasa kesyukuran. Kesyukuran yang teramat atas pinjaman yang sementara dari Allah tetapi cukup sempurna untuk insan yang lemah seperti aku ini.

Keluarga yang tersayang. Keluarga mertua yang dicintai , yang sentiasa di hati dan sentiasa dalam bisikkan doa.Inilah insan-insan yang tak pernah putus kasih sayang. Inilah pinjaman Allah yang paling mahal. Tanpa perlu aku membayar semua kasih sayang mereka sekali  pun , mereka masih mampu memberi kasih sayang yang sempurna. Ya Allah betapa indahnya kasih sayang ini. (Lap air mata)

Suami dan Humaira yang sentiasa dicintai. Tidak pernah sekalipun walau sesaat ada perasaan benci dalam hati ini untuk mereka. Ya, sangat unik perasaan yang telah dipinjamkan oleh Allah. Andai suatu hari nanti perasaan ini ditarik, Oh, aku x dapat nak membayangkan semua itu. Tak Sanggup!! Allah meminjamkan insan-insan yang teristimewa untuk aku. Ya aku akui mereka adalah milik Allah. Terima kasih kerana menghantar insan-insan yang melengkapkan kehidupanku untuk aku terus berdakwah di jalan mu Ya Allah.

Kawan-kawan yang sentiasa di hati. Mungkin korang menganggap aku ni macam biskut kan?? heee sekejap ada sekejap xda. Maaflah... Sejujurnya aku amat merindui gelak tawa bersama. Ya, aku sangat-sangat rindu semua itu. Alhamdulillah ingatan yang dipinjamkan ini masih mampu menyimpan memori kita bersama. Memori yang kengkadang membuatkan aku tersenyum sendirian, ketawa berseorangan dan mengalirkan air mata atas kerinduan. Korang memang the best!! Selalu ingatkan aku tanggungjawab aku sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.  Aku harap kasih sayang yang tercipta ini akan sentiasa tersemat rapi. Sayang korang kerana Allah.

Ini semua nikmat yang Allah berikan kepada kita semua,dan aku percaya bukan aku saja yang sedang merasai perasaan seperti ini. Perasaan yang penuh emosi. Perasaan yang tak dapat diluahkan , yang x dapat diungkap dengan kata-kata, yang x dapat dibeli di mana-mana. Bersyukurlah kita atas pinjaman nikmat yang Allah berikan ini. ALHAMDULILLAH. Maka nya, " NIKMAT ALLAH YANG MANA SATUKAH YANG INGIN KAMU DUSTAKAN ? "

ok, dah habis lunch hour. Mari bekerja semula ^__^




Wednesday, March 5, 2014

MEMAAFKAN MUSUH ITU LEBIH MUDAH DARI MEMAAFKAN SAHABAT

Kerana kau sahabat
Mana bisa hati kecil mudah tersinggung
Gurauan menjadikan kuatnya ikatan persahabatan
Setiap babak jalan cerita menjadi satu kenangan...
Oh indahnya persahabatan.

Dan kerana kau adalah sahabat
Mengertilah
Kata-katamu ibarat pedang yang tajam
Menusuk hati memendam perasaan
Senyum bukan bererti suka
Diam bukan tanda setuju
Hanya sebagai satu penghormatan untuk sebuah kasih sayang
Atas ikatan persahabatan..

Dear sahabat,
Sepi bukan bererti hilang
Diam bukan bererti lupa
Jauh bukan bererti putus

Thursday, February 27, 2014

Seloka Puteri Hati

Assalamualaikum pembuka bicara
Seloka puteri hati menjadi cerita
Apa khabar korang2 semua
Semoga Korang baik-baik Saja

Dimulakan dengan rasa kesyukuran
Alhamdulillah diangkat kepada tuhan
5 November 2013 menjadi kenangan
Menjadi ingatan sepanjang zaman

Kelahiran dinanti dengan debaran
Bersalin melalui kaedah pembedahan
Kerana tiada daya untuk meneran
Kes dirujuk sebagai kes kecemasan

9.01 pagi detik bersejarah
Terdengar tangisan yang sungguh Indah
Walau badan tiada daya selepas dibedah
Memanjat kesyukuran dengan kebesaran Ya Allah

Nur Syahiratul Humaira nama diberi
Cahaya Kegemilangan Gadis Berpipi Merah punya erti
Bayi comel lincah sekali
Senyuman boleh mencairkan hati

Kini sudah 3 bulan usia
kalau lapar, wah.... meriahnya suasana
Jangan lambat disusukan anakanda
Lepas kenyang tersenyum gembira

Waktu tidur ada masanya
Lagi lena tidur dalam kereta
Maklumlah dalam kereta penghawa dingin ada
Tambahan pula empuknya tidur di riba

Wahai Puteri Hati kami
Jadilah seorang muslimah yang berbudi
Pohon keberkatan hidup dari Illahi
In Sha Allah selamat duniawi ukhrawi.

Sekian saja seloka untuk anakanda
Puteri hati penghibur papa mama
Semoga menjadi puteri yang berwibawa
Doa papa mama mengiringimu selamanya.


Wednesday, February 5, 2014

Alzheimer

Assalamualaikum you all...
Seronok entry kali ni... This is about Alzheimer. Atau bahasa mudahnya penyakit lupa.. Terasa nak berkongsi cerita pasal lupa2 ni coz one day aku datang kerja, aku lupa banyak hal.Oh.. berlaku sudah penurunan fungsi saraf otak..
Kelupaan yg aku x boleh terima.. First aku lupa bawa access kad nak masuk office. Second aku blur2 apa aku nak buat pagi2 kat office( padahal JD every morning adalah update production report dan the worst is aku buat semua tu every day!!! But aku boleh blur pagi tu.. ) dan yg paling tragis i forgot all password .. Oh!!! Password laptop , password e-mel, all aku lupa...
Alzheimer kah aku? Ha ha.. serius muda2 macam ni x sanggup i ols nak pikul penyakit ni.. but Kalau Allah dah bg ujian macam ni, all pun akan redha kan... Tiba2 aku teringat satu pelakon U.S Rita Hayworth yg mati akibat sakit alzheimer ni.. Oh~ no no no
Then merajinkan diri bersantai bersama Pn. google then aku release yang aku ni mungkin kurang rehat.. dan juga mungkin stress yg melampau.. Fake smile for myself.Thumbs up!!!!
Just wanna to share some info from my googling..(haha .. rosak bahasa).. If anda juga mengalami masalah kelupaan macam kes aku , ini mungkin faktor nya:

1. Kurang rehat + kurang tidur
2. Hyper tension @ STRESS
3. Kolestrol tinggi - ha ha ha
4. Banyak berfikir dan kurang tumpuan
So, cara nak atasi nya korang pilih lah way tersendiri.. Hanya diri korang yang tau what you need to do.. For me , the best solution is Rilex sokmo. Banyakkan dengar zikir dan banyakkan berdoa baik2 coz ini semua ada juga related dengan hati ^_^  .
Alhamdulillah ini bukan lah simptom Alzheimer..heeee...


Rita Hayworth   
 
NotaKaki : Hemohemohemo~

Thursday, January 30, 2014

Bersalin Caesar Part 2

Assalamualaikum....

Just wanna to share experience after operate.. Now agak menjadi isu bagi bakal2 ibu Why operate..??
This matter not easy to explain to all people coz some people understand what I mean and some people not understand. TOTALLY!!

Yup, aku plan to normal delivery and sadly hanya buat preparation fizikal + mental untuk BERSALIN NORMAL.. tup2  ceaser juga atas sbb2 tertentu..Kita , manusia hanya mampu merancang , Allah jua sudah merancang segalanya.. Perancangan Allah adalah terbaik. Alhamdulillah~

WHY CAESAR???

1. my little princess already poo poo - Suspected danger to the baby condition.
2. Cant wait anymore because of bukaan still 4cm. Doc juga ada kata becoz of ketinggian aku 148cm, aku x digalakkan untuk meneran meandangkan condition aku yg lemah. Ok, yg ni aku masih blur2.. Ketinggian mempengaruhi??? will do research with Mr. Google later.

Pic ihsan Cik Google. My caeser is LSCS. Low 
lower segment caesarean section

Apa yg di rasa setiap orang mungkin berbeza... For me, masa operate mmg x rasa apa, x sakit apa. Kalau sakit pun masa cucuk bius saja. Then, Tidur sepanjang operate~heee
TIDUR sbb PENAT MENAHAN SAKIT CONTRACTION sblm doc decide untuk operate dan
NGANTUK sangat sbb SEHARIAN tak tidur..

Tapi setiap setengah jam assistant2 doc akan kejut aku then tanya, Puan, Are you okay ?? 
Tak lama lepas tu kejut lagi , Puan, anak puan selamat dikeluarkan.. Baby girl ya~~

Alhamdulillah.. menitis airmta tatkala ciuman pertama singgah di pipi baby..~touching. Subhanallah.. Indah Ciptaan-Mu, Ya Allah..

Kesimpulan nya, x kisah lah korang deliver normal atau operate. Yang penting ibu dan anak selamat.. 
Ini semua urusan Allah.. 

Happy to share this article : Klik WANITA BEBAS BUAT PILIHAN ^__^

Okay, after operate mmg aku rasa weak sangat.. sampai menggigil dan tak boleh buka mata.. 
6 jam x boleh buat apa2, minum makan bergerak, semua adalah tidak dibenarkan.. Yup.. kalau dibenarkan, aku pun x mampu nak buat semua tu.. Thats the reason.. malah tidak dibenarkan baring beralaskan bantal sekalipun. All x boleh buat untuk 6 jam selepas operate. 

Selepas 6 jam, doc suruh minum air, nak bagi sistem dalam badan beroperasi seperti biasa.. Serius takut nak minum.. Tak ke kalau tersedak merana badan..heeeee. Then after 4 hours makan sikit2 plak..All secara berperingkat.. Dan keesokan paginya segala tiub dicabut. Motif??? Doc nak kita buat pergerakan harian seperti biasa.. First time nak bangun dari katil amik masa setengah jam. Sakit Perit bahagian operate, x payah nak cakap.. Memang kena lawan.. Kalau aku tak buat semua pergerakan harian , aku x boleh keluar wad.. Tabahkan hati . bangun pun paksa diri siap nangis2 lagi... Minta tolong akak cleaner pun , akak cleaner x nak tolong.. SEDIH!!!!

TAPI itu semua hanya sementara waktu sahaja.. Hanya untuk setengah hari sahaja.. Alhamdulillah, Samakin kita aktif bergerak sana-sini, semakin kita cepat sihat. Semua tu membantu sistem dalam badan kita untuk berfungsi seperti biasa.. Dan my husband sangat2 terkejut coz masa melawat tengahari jalan terbongkok2 bila melawat petang jalan dah boleh tegak dan laju . Alhamdulillah. 

Hari ke-3 dah boleh keluar wad. Make sure jaga baby korang dari kena KUNING kalau nak keluar wad cepat~ 

Alhamdulillah, all berjalan lancar. Sekarang masa untuk membesarkan anak. Semoga mampu bagi didikan yang betul. Most important is didikan agama. In Sha Allah

PAPA+MAMA=MAIRA <3 td="">



NotaKaki : Tersinggung dengan manusia yang tak pandai nak jaga mulut~ Semua berlaku bersebab.. BUKAN SAJA SAJA!!








Wednesday, January 15, 2014

KITA SERUPA

Ku lihat manusia-manusia di sini sana
Tiada yang berbeza
Semua sama sahaja
Tiada yang sempurna
Kadangkala leka dengan kemegahan dunia
Seringkali terlupa dunia hanya pinjaman sementara
Apabila kesusahan datang melanda
Tuhan yang satu dicarinya
Akhirat jua terkenang di minda nya
Kerana kita manusia biasa dan kita serupa


Tuesday, January 14, 2014

KERANA AKU WANITA


Kerana Aku Wanita
Kau peliharalah tutur katamu
Kerana aku mudah terasa
hati mudah tercalar
Emosiku mengatasi logik akalku
Air mataku sebagai teman setiaku
Sebagai tempat kuluahkan segala yang terbenak dihatiku

Kerana Aku Wanita
Aku kuatkan diriku demi suamiku, anakku dan keluargaku
Walhal aku lemah tidak berdaya
Aku Kalah dengan cabaran dunia
Aku Jatuh dikala hati dan mindaku ditafsir salah
Hanya kerana aku wanita

Hanya Kerana Aku Seorang Wanita, Isteri dan Mama
Maka Fahamilah.....