Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, May 5, 2015

Mengidam ke?




Assalamualaikum..

Jumpa lagi di entry makan-makan.

Sesuai dengan tajuk mengidam ke?? ye la kot!!

lately tekak macam nak makan sambal kentang crispy~ 

nak cari sure la x jumpa yg berkenan di tekak.

sebab just tau satu tempat je yg jual food ni but rasanya bukan dah jadi sambal lagi tapi kentang sira la kot.. Manis~

So....

Solution : buat sendiri~

Hari yg sama nak buat baru terhegeh nak cari bahan, maklumlah dapur 
jarang berasap ni apa je la yg ada~

Beli buat stok banyak2 pun kesudah nya semua bonyok. jadi nya, nak masak baru la pergi cari bahan kat kedai~ segar pun segar!

Bahan : 

Kentang 6 biji - disagat
Lada besar 5 biji
Cili api 3 biji
bawang putih 2 ulas
Air asam jawa setengah cawan
ikan bilis segenggam
garam secukup rasa
gula secukup rasa


Cara penyediaan : 
first, aku buat sambal nya dulu. sbb nak tunggu sambal ni sejuk , baru boleh digaulkan dengan kentang dan ikan bilis supaya kentang dan bilis rangup.

blend : lada besar, cili api, bawang putih dan air asam jawa. aku masukkan skali garam ngan gula.

panaskan minyak, dan masak sampai naik minyak, 

masa masak tu aku rasa macam spicy sgt so aku tambah lagi gula. gaul ngan api kecik sampai jadi likat macam pic di bawah ^___^


Sambal yang siap dimasak dan sedang disejukkan ~

Then, panaskan minyak dan goreng kentang serta ikan bilis,

First aku buat, ikan bilis adalah kurang rangup -___- mesti kesilapan teknikal semasa menggoreng eceh!!!!




Ini adalah kentang yang sudah siap digoreng , disejukkan juga! ikan bilis nya lupa nak snap pic =P

dan bila semua dah sejuk boleh lah digaulkan !!

HASILNYA....

TADA!!!

terhasillah sambal kentang crispy edisi terhad!


Sambal kentang crispy ~

Sekali makan pasti nak lagi!!

ha ha !! betul what, the other day, pergi kedai nak cari sayur, hubby minta beli kan kentang skali.

sbb nak suh buat sambal kentang ni lagi skali..

sekali buat sekali ngadap je!

Buat nya bukan main lama , ngap nya x sampai setengah jam boleh habis.

Apa pun puas hati sbb sememangnya masuk dengan tekak encik suami dan tekan sendiri~

cubalah!! 

No comments:

Post a Comment