Kerana Aku Wanita
Kau peliharalah tutur katamu
Kerana aku mudah terasa
hati mudah tercalar
Emosiku mengatasi logik akalku
Air mataku sebagai teman setiaku
Sebagai tempat kuluahkan segala yang terbenak dihatiku
Kerana Aku Wanita
Aku kuatkan diriku demi suamiku, anakku dan keluargaku
Walhal aku lemah tidak berdaya
Aku Kalah dengan cabaran dunia
Aku Jatuh dikala hati dan mindaku ditafsir salah
Hanya kerana aku wanita
Hanya Kerana Aku Seorang Wanita, Isteri dan Mama
Maka Fahamilah.....
No comments:
Post a Comment